Thursday, December 22, 2011

Selesaikah?...

Although I have make my decision, doesn't mean the story can be ended just like that... fact that I have to bear only I feel the pain...whose know about that... if you have make 1 life suffer don't u ever think u can ignore just like that... responsibility and your integrity will be counted by people... I'll pray to God, hope give you "Nur" to stop playing with people heart. Sangat sukar untuk aku menerimanya... aku seperti melanggar prinsip aku sendiri... tapi x pe... aku gagal hari ni, aku tewas kali nie aku kalah kali nie, x bermaksud aku tewas selamanya...

Monday, December 19, 2011

H.E.A.D.A.C.H.E...

The story come again and keep my head headache back. He came and said so plain " think back ur decision, you still have time to take it back". So easy to say. " For ur info all that was not from me, all of it was from her, she makes the testimonial". " I hope u think back ur decision, out there it is hard to get a job, u are given the opportunity but u refused to take it". "Work first and after that if you want to leave it is up to you, the most important work first". " There is no issues if you start from bottom, the most important thing is, you know how to express  ur self and management recognize u. That's the most important..." " if you can fullfill that might as weel they will give u the positiom u want". Keep silent until he finished lecturer. They never understand what i'm facing, wht i'm thinking and what i'm gonna be after that. They can changed something they want just like that... I know they have that kind of power... do that if you really like have a power to control people. If I choose to stay doesn't mean I follow ur solution but I do it after long night thingking and gatering all info to satisfied my needs. 

P/s: people heart is not for playing, but for loving... Karma will take place when wrong happend... ALLAHUAKHBAR...

Tuesday, November 29, 2011

Kesabaran...

I have to endure just 1 month left. Macam2 dah aku kene semenjak dua menjak nie... semua nya bagai di rancang dengan rapi untuk menegenakan aku... x pe.. anything you do good or bad, will get respond by god... Aku tetap aku, I'll never change my identity... aku tetap aku...

p/s: Pray to ALLAH to give me brighter future... ALLAH HUAKHBAR...

Thursday, November 17, 2011

Fate...

Sebelum nie aku just tengok dalam drama2 tv  je org kene tindas, kene tipu, diskriminasi dan yg sewaktu dengannya la...  but somehow bila kene kat diri sendiri cam x percaya pulak..."we cannot absorbed u as a what u are right now, but we can only offer you just this position, take it or leave it"... senyap kejap masa tu... "we gave u this position because just follow in what your testimonial said. In your testimonial said that you not really good to hold your position right  now"..."but this position suite u well"... terpana kejap bile terima kenyataan macam tu... 1 tahun lebih kat situ hari tu dia cakap just like that... pelik kejap, nape x cakap je masa awal2 dulu... x paham dengan kenyataan tersebut... " esok tolong bagi jawapan samada awak nk atau x jawatan tu... esoknya aku datang trus cakap " I won't accept that offer" ... as I expected, this must be the position that we offer u right"... yap..."I'll try to find another job out there"... "ok, if you have make the dicision i can't say anything... gud luck for you"..." Thanks" aku blah.  Bagusnya lepas aku cakap camtu, dada aku rasa lapang macam aku  dah lepskan segala masalah aku kat kenyataan tu. Dah x rasa berbelah bagi lagi dan rasa macam telah membuat keputusan yg betul... Bagi aku, kalau org tu appriciate kte, dan sangat supportive dia akan cuba untuk dapat kan kite. But kalau dia macam asyik nk jatuhkan kita no reason to stay... Ape2 pon aku berdoa pada ALLAHagar memberi aku kelapngan hati dan mudah untuk mendapatkan pekerjaan lain... amin...

""" tuhan sentiasa bersama org yg  benar dan sabar"...


Tuesday, November 1, 2011

Farewell...

Sukar kadang2 untuk ucap selamat tinggal pada org yg selalu dengan kita, terutama kawan2. Hari nie my team mate 2 org yg telah kuar mencari masa depan diorang. Sorang just tukar division sorang lagi memang kuar dari syarikat aku kerja sekarang dan pergi ke syarikat lain. Paling buat aku sedih sikit kawan aku yg satu unit dengan aku. Dia dah kuar pergi my company subsidiary. So i'm alone right now, I mean untuk unit aku la. Before aku selalu buat kerja dengan dia, but right now I have to autarchy (berdikari) dah x ade tempat rujukan. Memang mencabar untuk aku. Sebab before dia yg banyak bg kaedah menyelesaikan sesuatu kerja tu.

Ape2 pon aku doakan dia berjaya di tempat baru tu dan mohon maaf atas segala kesalahan aku semasa bekerja besama. Halalkan segala yg termakan dan terminum. Ape pon aku akan cuba bertahan dalam 2 bulan nie. Doakan aku...

P/s: so tough to say good bye...

Sunday, October 30, 2011

Bingung...

Hati kata pergi, buat ape ko nak tunggu lagi... lagi lama lagi ko sakit hati... sanggup ke terus menanti...

Otak kata, baik ko pk  betul2 kalau nk pergi pon biarlah berbaloi... sekurang2nya ko dah ade simpanan yg cukup ke... bekalan untuk berhijrah...

Badan kata, Kene folow je mana2 yg lead sebab x leh wat keputusan sendiri...

Aku: Just ingin tamatkan ape yg belum tamat... so maaf kat hati dan badan, aku ikut cara otak...

!!! x tahu mana nk tuju....

Wednesday, October 26, 2011

Broga Hill's Semenyih (26/10/2011 - Wednesday)




Akhirnya hari ni 26/10/2011 (Rabu cuti Deepavali) selamat Menyambut Deepavali kepada semua bangsa India diseluruh dunia. Merepek pulak dah aku nih, okeh sambung balik. Aku dengan rasminya telah berjaya menawan Broga HIll's di Semenyih Selangor. Sebelum ni ade gak kawan2 seofis aku ajak g, tetapi kekangan kenderaan aku kuburkan saja hasrat tuh. Tapi tu cite lame, hari ni aku telah berjaya juga menawan bukit tuh hahaha(gelak gembira). Aku ngan rumet ku en. Khushairy and my only friend yg sanggup drive pagi tu en Yamin telh bertolak dari KL ke tempat berkumpul di Shah Alam dalam kol 2.30am. Konpiden sampai SA terus gerak la kan. Actually aktvt ni kawan aku yg keje kat Proton organise kan, dalam 23 orang x silap aku join aktvt sehat nih. Kerena ramai sanagt bebudak Proton so aku kene la behave cam jajaka kacak kan pada masa tu hakz3.

Gerak dari SA ke Broga Hill's bermula sekitar jam 4am. Sampai Semenyih terus lepak Masjid, sembahyang subuh ambil berkat. Lepas siap sembahyang dalam jam 6.15am sampai la ke Broga. Tapi sampai jek, masa tu hari dah mula nk cerah. Terus gagal nak tengok matahari naik. Tapi x pe la, asalkan dapat panjat bukit sudah la kan. Orang yg datang nk naik tu memang ramai, sampai atas bukit tu dalam kol 7.00am  g tu la. Kabus memang menarik bila tengok dari atas bukit tu. Nanti aku post gambar sket untuk tontonan korang. Pakai BB je pon so gambar x la lawa sangat. Nak beli DSLR x mampu kan huhuhu. Emo kejap keh3.

Sampai je atas rupanya ade 4 lagi bukit perlu di daki sebelum sampai puncak. Tapi memang agak mencabar untuk sampai pun cak Broga tu. Tapi kerana aku nih agak hebat kan pada ketika itu maka berjaya misi menawan pun cak Broga hakz3. Cam biasa la sampai atas pelbagai gaya gambar telah berjaya di ambil.

Turun balik dalam kol 9am cam tu. Turun dari bukit tu adalah perkara yang aku paling x minat sebab banyak sangat kene tempuh laluan yg macam 73 darjah hingga 80 darjah. Begitu meng"horror"kan. Bagi aku rasanya naik lebih cepat sampai dari turun kerana keadaan muka bumi untuk turun tu begitu mencabar bagi aku. BUkan pe aku pegi naik pakai kasut Futsal, route yg di gunakan tanah merah  so kalau hujan licin and pagi2 kene embun and kabus so licin la jalan tu tadi. Aku berjaya turun dalam 9.30am. Setengah jam kerana bukan sebab jalan tu je, org yg turun pon menjadi faktor kenapa aku lambat sampai ke daratan.

Ape2 hal pon memang menarik aktvt macam ni. Thanks pada Organizer dan semua yg terlibat menjayakan aktvt nie. Lepas je turun bukit terus pegi sungai Tekala lak untuk meng freshkan balik badan selepas berjuang untuk menaiki dan menuruni Broga.




Gambar 1,2 & 3 pemandangan dari atas bukit...
Ni gambar aku ngah pose untuk dapat background kabus belakang aku tu...

Yang nie pulak aku, (kiri) kucai & (kanan) Yamin. Post atas bukit...



Monday, October 17, 2011

Dia...



Aku pernah suka dekat seseorang dulu, tapi tu cite lama. Coz at the  end dia x suke aku pon sedih x. haha..  But for me, is good coz banyak aku belajar dari ctu terutama tentang hati dan perasaan. Aku dapat tahu dia suke kat kawan aku, so for me I  have to go coz I respect her choice. But in the end aku dapat tahu diorang pon end up, coz dia dah x layan sangat kawan aku ni. Pasal ape aku pon x pasti dan tak nak tanya lebih2. Takut kene peluku lakkan coz nk tahu hal org kan. hehehe.

But now I got that feeling again, I mean perasaan untuk like someone. Because of she. Sape dia biarlah jadi rahsia pada aku. First time aku jumpa dia pon masa aku mula praktikal kat tempat aku bekerja sekarang. Just jumpa kat mesin photocopy je pon. But from there my heart start thinking, cantiknya... but not really take port sangat coz just  pikir nie mesti dah jadi hak orng. So just let the feeling go away. Until she leaving that organisation nothing happen, just have small talk before she left. That's all.

But it's happen again when she online her FB after she left, and its start from there. Tapi ape yg aku boleh cakap she is the second girl I have feeling with. Not much can say bout her, but when I knew her, I feel like I'm should know her when I have chance to met her before. Cannot tell what my feeling right now, but if god give me permission, I like to have her in my life. But its all depend in god will. Pray for that... But if she is not mine, aku tetap akan doakan dia bahagia dengan orang yang dia sayang...

P/s: Long journey to live...

Sunday, October 16, 2011

Sign...

Aku tengok semua macam mengelak je nk berjumpa dengan aku. Pasal pe x tahu. Mungkin nampak aku macam nampak hantu kot...

P/s Bertabahlah...

Monday, October 10, 2011

Jiwa Kacau...

Aku penah rasa perasaan ini dulu... aku memang benci dengan perasaan ini, sebabnya aku pasti tewas dan mengikut perasaan ini... dari dulu... dari awal2 aku dapat perasaan ini... benci dengan perasaan ini tapi aku x mampu melawan...lemah... lemah untuk melawan... x tahu kenapa... selagi aku tak penuhi kehendak perasaan ini aku x tenang... aku akan makin lemah sampai aku mungkin akan buat keputusan nekad...

Aku x tahu kenapa perasaan ini datang balik... mungkin sebab tekanan yang aku alami sekarang ini... atau aku sudah mula memikirkan tentang masa depan atau aku tak puas ati dengan keadaan hidup aku sekarang... segalanya mungkin....

Ya ALLAH tolong berikan kekuatan kepada hamba mu ini...

Sunday, October 9, 2011

Perjalanan Jauh...

Hari ni, aku berpeluang untuk pergi rumah orang kawen dekat Bidor Perak. Rumah kawan aku masa aku lepak GEMS dulu. Aku ingat 4,5 jam la dari KL ke sana tapi rupanya dalam 2 jam  je. Gagal aku mengagak.
Aku gerak g situ naik keta dan yg join aktiviti tu 7 org termasuk aku. Sampai je situ org baru nk akad nikah.
Ape yg bestnya kat situ, ade la pak cik ni, aku rasa umo dia dalam 40an 50 an jugak la. x berenti2 men mercun bola. Ade sekali dia baling betul2 kat belakang tempat aku ngan membe aku duduk berdesing jugak la telinga aku. Nasib org tua kalau x dh kene tangan buat perangai camtu. Aku ingat lepas tu berenti la mainnya, tapi makin menjadi2. sampai aku nk balik pon dia dok main lagi mercun tu. kental betul org tua tu. Kalau bdk2 boleh juga di larang atau ditangankan agar berenti m ain kalau ortg tua g tu baik bako je kot hahaa. Tapi bagi aku pak cik sebenarnya niat nak nbg happening tapi rupanya dia x tahu dia buat org pening dengan gelagat dia tu. Insaflah pakcik...

Ape2 pon aku ucapkan tahniah kat kawan aku tu semoga berbahagia sampai la meninggal dunia. Kalau org tnya aku pulak bile... ape yg aku leh jawab "time will tell"...

P/s: hope my drems come true...


Saturday, October 8, 2011

He's Gone...

He has made his final decision about his future... He will leave me there with knowledge he has. But me... still thinking... I'm ready for this. It’s hard for me to be good as him. A lot of thing I have to learn as soon as possible from him... Challenge is there.

I'm expected this will happen, but not really expect it will happen this fast. But now it just happens. Suddenly my feeling becomes empty...

I have feeling I'll also leave there but maybe it will happen when my last day there...

p/s: December you are my benchmark there... adios... 

Tuesday, October 4, 2011

Symphony...

Ikut hati mati,
Ikut nafsu lesu,
Ikut rasa binasa,
Ikut kaki...? pergi...

Kadang2 terpikir... inikah takdirku...?

Friday, September 30, 2011

Rimas...

My mind still thinking, should I go or wait until I fed up. Macam2 hal dalam dunia ni, x d nafikan kadang2 kita mampu hadapi tapi kadang2 tidak. Kenapa, sebab tu lumrah manusia. Ada dugaan yg mampu dihadapi ada yg tak. Kenapa aku cerita mende ni sebab aku rasa aku dh puas menunggu dan aku rasa dah sampai masanya aku bertindak. Aku rasa aku macam asyik kene tindas je kalau lagi lama aku kat situ. Aku x nafikan ade yg kata sabar je la. Normal la tu kene marah, kene tindas kene maki tu perkara biasa je. Yap I agreed with that, but the point is how long you can endure all of this dam things. I'm not blame for those who said like that, because for me everybody have right to give thier opinion about something (I'll never sue you like GOV sue Mat Sabu because of  history matter). For me good to hear anybody opinion, because from that we know that this people is really concern about me (us) right.

Dah setahun lebih kat situ, but no progress... sama je... cerita sama, kisah sama ubah hanya penyampaian cerita tu je. Aku rasa lagi aku tunggu lagi bertambah tebal benci aku. Lagi bertambah besar dosa aku. Bagi aku this is the last time... bukan aku x berfikir, sampai sakit kepala aku fikir... ye la when ask why, the answer still same, you not enough capable... pelik gak 1 year there still not enough capable. But what i can say let him be. Myb mereka lebih arif dalam mentafsir hal kerja aku. Ye la graduan luar negara kot semua tu. X pela, aku just berdoa pada ALLAH semoga satu hari nanti ALLAH permudahkan jalan untuk aku.

///Always pray the best for what i'm doing.....     

Friday, September 2, 2011

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dan Selamat Hari Merdeka...

Salam,


Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua yg mengenali diri ini. Biasalah aku ni insan yang lemah kadang2 kala ade juga perkara yg tidak elok yg aku lakukan dan melakukan kesalahan kepada semua yg menganali diri aku nih. Harap D maafkan lah. 

Tapi bila sebut pasal raya nih, mmg x akan abis la kalau nk cite tentang suasana dan kemeriahannya. Tapi ape yg pasti hari raya ni adalah msa untuk kita satu family berkumpul dan memohon maaf antara satu sama lain. Bukan sebab hari raya je kene mintak maaf cuma hari raya ni kelebihannya kita dapat mintak maaf berdepan so dapat kita melihat samada org tu maafkan kta ikhlas ataupon memain jekkan. Sebab kalau mintak maaf pakai sms ke FB kadang2 tulis je dalan sms dan post tu dah maafkan tapi hakikatnya dendam still ade cuma dah org post dan anta sms takkan nk kata aku x maafkan nanti nampak sangat jahatnya, lebih2 lagi kalau post kat FB, kalau x tulis maaf gak alamant dapat la komen balas on the spot dari kawan2 kata x baik sebab x  reti maafkan orang kan. So bg aku bg yg kawan2 dekat2 yg boleh berjumpa masa raya ni mintak la maaf secara berdepan coz mudah2an org yg kita buat dosa tu dapat menerima mohon maaf dari kita sebab kita sanggup datang dan mohon maaf dari dia  berdepan lagi kan. Ini menunjukan kita bersungguh untuk mohon maafkan. 

 Lagi satu, masa raya ni la nk berkunjung dan mengeratkan silaturrahim antara sesama kita kan. Sebab masa raya ni la ramai kawan2, saudara mara ada kat umah. So mudahla nk berjumpa kan. Kalau x dapat pergi pon sekurang2nya kita bagi la alasan ade open house kat umah kawan2 hehe.  


Habis bab raya kita masuk bab Merdeka. Nk bg definisi merdeka yg betul aku pun x berani nk ketengahkan. Sebab ade yg kata Merdeka ni bebas dari belenggu penjajahan. Penjajahn di sini di ertikan sebagai bebas dari pihak yg membelenggu seseorang itu Contohnya Malaysia bebas dari pemerintahan British. So itu dikatakan Merdeka. Ade satu lagi tafsiran mengatakan bebas dari segala keburukan dan banyak ke arah kebaikan. Maksudnya bebas dari hal2 yg menyesakan otak kepada hal2 yg menyenangkan. Contoh lain ialah x ikut perkara2 negative yg di buat oleh bangsa penjajah.Tapi bagi aku lak Maksud Merdeka bagi aku, bebas dari segala bentuk penjajahan yg membawa ke arah keburukan, contohnya penjajahan minda yg di lakukan oleh penjajah2 barat seperti gejala sosial, Judi, arak , perlembgaan barat dan sebagainya.

Cerita terbaru, Heboh diperkatakan oleh akhbar2 dan media massa arus perdana bahwa ade pemimpin pihak pembangkan ade menyatakan bahawa tragedi bukit Kepong tu, hero dia ialah si Komunis yang bernama " Muhammad Indera" dan Bukannya "Sgt. Jamil Mohd Shah" polis malaya ketika itu, Sumber  ni dari media massa yg aku dengar dan baca la. Peristiwa ni berlaku pada 23 Feberuari 1950 bermaksud ketika Malaysia Belum Merdeka lagi. Malaysia Merdeka pada 31 Ogos 1957. Bercanggah fakta pemimpin ni dengan fakta sejarah yang menyatakan hero bukit kepong adalah mereka yg mempertahan balai polis tu. Aku mula2 pon agak x percaya ape yg cuba disampaikan oleh pemimpin pembangkang ni. Dia ni cakap macam ni nk raih undi apekah. So aku pon search dalam wkipedia dan aku dapat maklumat macam ni "Bukit Kepong Incident was an armed encounter which took place on February 23, 1950 between the police and the MalayanCommunists in pre-independence Malaya. This conflict took place in an area surrounding the Bukit Kepong police station in Bukit Kepong. The wooden station was located on the river banks of the Muar River, about 59 km from Muar town, Johor". Satu lagi maklumumat yg aku dapat ialah "Almost a year after Independence Day, on July 24, 1958, the King of Malaysia, Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhamad, bestowed the title Royal to the Malayan Federations Police Force. In 1963, the Royal Federation of Malayan Police (RFMP), the North Borneo Armed Constabulary and the Sarawak Constabulary were merged to form the Royal Malaysia Police. The Singapore Police Force became a component unit of the RMP until Singapore's independence in 1965. Kalau salah la maklumat ni aku mintak maf sebab ni wiki yg tulis aku just phaste kat blog aku jek. 

Konklusi yg aku dapat buat nape pemimpim pembangkang yu cakap cam tu kerana:

1) Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya diiktiraf sebagai polis yg menjaga keamanan Malaysia adalah pada 24 
July 1958 dan bukan pada 1950 masa berlakunya kejadian Bukit Kepong itu. Disini dapat disimpulkan  bahawa,
ketika tahun itu maksudnya sebelum Merdeka la, sesiapa sahaja yg bersekongkol dengan British bolehla kita
katakan dia sebagai tali barut Inggeris kerana dia bekerja untuk Queen Elizebeth di England tu dan bukannya
untuk Malaysia ia itu kepda DYMM Yang Dipertuan Agong.Dalam hal ini bolehlah kita katakan Polis yg    
mempertahan kan Bukit Kepong itu adalah pekerja yg bekerja dengan Ingeris jadi secara otomatik bekerja untuk Queen Elizebeth. Ini ape yg aku paham ape yg cuba disampai kan Oleh pemimpin itu. So Komunis tu lak pada ketika itu Cuba melumpuhkan kekuatan Inggeris di situ dan bukan berniat untuk membunuh Polis2 d ctu. Cuma Polis kat situ sudah di tugaskan untuk menjaga balai tersebut maka mereka perlu mempertahankannya. Ini ape yang aku fahami, aku punya pandangan peribadi. Harap tiada yg terasa aku tidak maksudkan ape2 cuma memberi pandangan dari pihak aku sendiri.

2) Tok Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut, Rentap dan beberapa pejuang Negara kita yg menentang Inggeris semuanya berlaku pada zaman sebelum Merdeka. Adakah kita perlu katakan mereka ni pembelot sebab menetang Ingeris, rasanya tidak sebab mereka berjuang untuk mendapatkan kembali Malaysia ni. So pemimpin tu gambarkan si komunis tu sama taraf dengan pejuang2 yg disebutkan tadi kerana dia menentang Inggeris ketika sebelum Merdeka.maksudnya dia serang balai tu sebab dia berjuang untuk membebas kan Malaysia dari cengkaman Ingeris dan menjadikan negara ini negara Komunis. 

Itu adalah dua pandangan peribadi aku dan tidak cube menegakkan sesuatu ataiu mempertahankan sesuatu cuam ingin memberi pandangan tentang isu ini. Ape2 pon aku bersyukur sebab Malaysi adalah negara yg aman dan makmur wlaaupon pemimpin parti bertelagah mereka tidak pernah ingin lancarkan perang saudara. Ini menunjukkan kita hampir sampai ke minda kelas pertama kalau pemimpin kita dapat kekal kan momentum ini.

Sekali lagi mohon maaf kalau ade tersalah fakta atau ape je dalam penulisan aku kali ini. Salam...

          

Monday, August 15, 2011

Puasa...



Selamat berpuasa kepada rakan2 sekalian yang mengenali diri ini...

Aku kurang meng"update" blog aku sekarang neh sebab sibuk dengan masalah dunia nih..astagfirullah.. kalau boleh memang nk kurangkan aktiviti duniawi ni, tapi nk wat cam ne, dh nama pon manusia... insan yg lemah... selalu je hanyut.. hope ALLAH pelihara aku dari terus hanyut ke lembah dunia...


Aku bersyukur la aku masih hidup atas muka bumi ni, dan masih berpeluang berpuasa untuk menyuci dosa2 aku nih...  biasa la cam aku kata tadi insan yg lemah mmg banyk dosa kan. Tapi aku tetap x boleh nk commit untuk beribadah secara total ni.. lagho betul al aku nih... x pe2 aku akan terus berdoa agar ALLAh bukakan jalan untuk aku sedar dan menjadi insan yg terpilih olehnya insyaALLAH..

Kepada rakan2ku rasanya walaupon aku tulis blog nih dah masuk separuh bulan Ramadhan, marilah kita sama2 mensyukuri nikmat yang ada pada kita dan bersama2 memohon keredhaannya semoga kita menjadi orang2 yg soleh. Mohan maaf juga sekiranya aku ade buat salah...(yg ni ditujukan pada semua yg ade baca blog aku... tapi ade ke... hehe).. Salam semua...

Sunday, July 3, 2011

Re-Union...

Semalam tanggal 2/7/11 aku dengan rasa sukacita, aku pergilah ke majlis reunion kawan2 masa sekolah menengah dulu. Ade dalam 15 orang x silap aku join malam tu, agak havock gak la walau pon x kot rasanya hahaha. Yang sponsor, kawan aku yg dah de kerjaya sendiri. Aku agak bangga gak la dapat kawan macam nih,wlaupon belajar x abis tapi pandai cari duit, bukan macam orang2 yg dah berdegree pon x pandai nk cari duit lagi. Kira dia la paiman malam tu bayar kos makan bagai. Aku suke je pasal makan pree. hehehe. Laki yang datang malam tu 5 orang je perempuan sepuluh orang. pupus dah kawan2 laki aku nih agaknya. Ramai dak laki x leh datang sebab, keje n ade yg masih belajar. Alasan yg boleh d terima. 

x sangka gak la cikgu sandaran yg agak popular masa aku sekolah dulu tu datang member aku nih yg panggil .
Masih cun lagi, cuma dah kawen n anak dua orang. Ape2 pon aku tau la gak sejarah hidup dia lepas dia berenti jadi cikgu dulu. Tapi pe2 pon mmg best la malam tu sebab dapat jumpa kawan2 lamakan. Ye la, bukan senang nk jumpa kan. Macam2 rupa la kawan2 aku masa jumpa tu ade yg tembun ade yg maintain kurus(aku letu hahaha) ade yg dah kawen dan macam2 ada haha.

Terima kasih kepada yg hadir malam tu. Hope ini bukan reunion yg pertama dan terakhir tapi permulaan bagi perjumpaan seterusnya.

Together forever we make life great!!!
  


Sebahagian Gambar2 yg sempat di ambil melalui Berry aku. Mmg x lawa pasal berry xde flash hahaha



Tuesday, June 28, 2011

Di Mana Keadilan...

Aku x tahu nak jawab keadilan yang macam mana di cari orang ramai. Ape yg aku tahu setiap orang ade definisi sendiri tentang keadilan. Bagi aku, selagi seseorang amanah dan tidak menipu masih boleh la di katakan adil. tapi kalau dok menipu, agama x ikut, berlagak dan x amanah bagaimana ade amanah kat c tu. Dalam Islam adil tu bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. maksudnya kalau menulis guna pen mesti tulis atas kertas bukan conteng2 kat dinding dan sebabkan kotor kat dinding tu tanpa sebab. Itu adil dalam Islam. Dalam Bahasa Melayu adil itu saksama, sama rata, sama berat, tidak berat sebelah, tidak memihak, tidak pilih kasih, berkecuali, seimbang, setimpal, setimbal, setara, sebanding;,(di ambil dari Kamus Dewan Online). meaning, segala yg di buat tu mesti lah ada timbang tara dan tidak menykitkan hati mana2 pihak. Bagi aku adil dalam Islam lebih tepat maksudnya, kerana kalau di fahami dengan lebih dalam lagi kita akan dapati maksud adil dalam Islam lebih spesifik dari adil dalam BM. Contohnya : Aminah abil jurusan Jururawat dan meminta bekerja di bahagian tersebut, tup2 dapat kerja Redicare? cam ne tu? kalau ikut Islam ini memang x adil sebab x meletakkan sesuatu pada tempatnya. Kalau ikut adil BM mana nak cari adil x adilnya betul x? Mungkin boleh abil setara tapi tetap x kuat hujah tu. Jadi kawan2 yg membaca blog ni fikir2kan lah dan selamat beramal..

Aku masih di sini...

Wednesday, June 15, 2011

Berpijak di bumi yang nyata

Salam...

Tetiba rasa nk menulis ri ni pasal dapat berita yg memperingatkan aku tentang pentingnya berpijak di bumi yg nyata. Jangan hanya selalu di saluti mimpi dan fantasi tapi perlu juga merasa tentang erti hidup yg sebenar. Kadang-kadang kita mudah hanyut dengan indahnya sesuatu itu dan lupakan sesuatu yg lain. Normal bagi seseorang manusia biasa bukan begitu.... Semua ke seronokan yg di janjikan hilang... musnah, hancur... dan lebur hanya kerana asyik dengan mainan fantasi... Cuba berlagak biasa bila di hidangkan dengan cerita2 kemewahan...padahal dalam hati bersungguh2 kearah itu... x nk dengar bila ade orang ceritakan keburukan, konon sempurna serba serbi...gile... manusia ape gitu... pentingkan diri... tapi x sedar2 diri... bila di bagi kenyataan, bila di bagi bukti, dihidangkan dengan fakta2 saheh, diam... mula membuat alasan, mula mencari helah, terkapai2 tanpa haluan...

Aku tak tahu untuk ape aku tulis semua ni, tapi just ingin memperingati kawan2... jgn mudah terpedaya tipu daya dunia, harta...wanita... wang ringgit... kekal ke... atau akan hilang dalam masa 2, 3 tahun, mungkin bulan, mungkin hari atau mungkin 1 saat je...

Aku macam terbangkit dari mimpi bila menyedari sesuatu tentang kekurangan diri... bukan ingin meminta simpati cuma berkongsi tentang dunia yg kosong ni...

Perjalanan masih jauh... bnyk tempat perlu di tempuh... di layari dan dihayati.... semoga ape yg aku cari dapat aku gapai satu hatri nanti...

Allah bantu aku untuk itu... hanya engkaulah tempat ku meminta sesuatu...Amin...

+++Aku masih mampu bertahan....

 






Sunday, May 15, 2011

L+I+F+E


Tertanya2 aku sekarang, ape yang manusia cari dalam hidup ni. Duit, Kuasa, Pangkat, Darjat, Perempuan atau Agama... kalau tengok sekeliling sekarang nih, boleh di simpulkan semuanya macam lebih menjurus kepada duit. Maksudnya, hidup untuk dapat kan duit dan kumpul harta... Aku x kata semua cuma pada pandangan aku kebanyakkan org di sekeliling aku sekarang nih bekerja untuk dapat duit dan kumpul harta. Sebabnya, jika di selak bab2 sembahyang dan beribadah ni ramai yg abik mudah. Sembahyang dh nak abis waktu baru terkejar2 nak sembahyang. Sebab kene buat g tu kerja bnyk dan boss nk cepat. Kalau lambat boss marah... so kene siapkan. Jadi dapat aku simpulkan kat c ni, panggilan boss lebih bermakna dari panggilan ALLAH, sebabnya ALLAH xde depan mata bagi arahan soh sembahyang, yang bagi arahan boss, so buat bossnya dulu lepas tu baru buat ALLAHnya tuntutan. Tapi yg peliknya bila di tergur ke atau cuba perbetulkan, maka akan timbullah ayat cam ni " ko x paham kerja aku, so kalau ko paham ko tahu la cam ne" so kalau cam ni nk wat cam ne. sebabnya boss dia tu pon Islam juga. Cuma x tahu dia Islam sedang mana je. Ade yg lain lak tu jawatan tinggi melangit, bila waktu sembahyang soh jadi imam, elok je soh orang len, "awak la jadi, Saya ma'mum pun x pe"... pulak, kalau bab kerja org salah kemain marahnya, bila bab sembahyang soh jadi imam x nak lak. ingat dah perfect kerja dunia (kononya la), agama perfect jugak, rupanya x jugak. Sepatutnya dia boss dia la jadi imam sebab dalam Islam tu sape yang jadi Imam ni taraf boss. So boss2 patutnya paham. Dia boss, sepatutnya bab2 agama ni dia la kene tunjuk yg dia ni berkebolehan untuk jadi imam dan bukan boss untuk perkara dunia je.

Mungkin la dh budaya kat Malaysia nih yang penting bukan org yg beragama memerintah, yang lebih penting adalah org tu belajar luar negeri, pandai bahasa Inggeris dan kononya hebat memerintah walaupon agama sekadar boleh2 je. X paham aku... aku rasa kat Malaysia ni ketua Negeri yang aku tahu yg jadi Imam adalah 2 negeri kot x silap aku. Yang len semua harap ke Imam masjid negeri belaka sebabnya mayb x thu jadi imam atau sibuk dengan urusan dunia sebab nanti mati nk bawak duit sekali an pangkat, tu risau tu. Mungkin la org gini pk nanti mati kalau ade duit leh la rasuah Malaikat jgn pukul atau tnya soalan coz bnyk duit kan pedehal nk takut malaikat pukul atau tnya. ni akunye pendapat je la...

Bagi aku aku tetap akan sokong golongan yang inginkan org beragama memerintah lebih2 agama Islam la. sebanya org2 beragama ni tahu halal haram, tahu hukum hakam so masalah macam rasuah dan pelbagai lagi leh cegah dh x perlu dh nk berarak di jalan raya kata korupsi sana sini la ape la... so ni just my thought. Kalau ade x setuju terpulang... kerana "semana kaya atau besar tetap ALLAHUAKHBAR"...                         
***"Allah sentiasa bersama org benar dan sabar"

Tuesday, April 12, 2011

Silent...


Tuesday, March 29, 2011

Ke"down"an Sedikit...

Hari ni aku pergi kerja rasa "down" sket, mungkin kesan dari ayat bos aku semalam la kot... Tetiba rasa mase depan gelap kembali...hahaha... Nampak gayanya kene cari kerja lain la nampaknya...Tak pe la kot, macam x biasa lak aku nih jadi penganggurkan...hehehe... Tapi x tahu ngape sampai sekarang aku asyik terpike je ape yg bos aku cakap semalam tu... Macam jadi siulan dalam diri pulak... pasal tu la aku jadi agak malas sket hari nih nak wat keje walau pon kerja berlambak2 atas meje aku tuh... Bile nak buat je rasa macam x best... huih agak parah rupenye penyakit aku nih... Sebelum nih x de orang pon cakap macam bos aku cakap tu, tapi bila dia bagi tau macam tu aku rasa x thu nak buat ape... rasa jiwa kacau je dalam ati aku nih..

Bila aku kene cam nih aku rasa macam x diberi peluang untuk aku bela diri aku sendiri, untuk cerita kedudukan sebenar, macam mana aku leh tu...pasal aku ade career development ke x aku x thu, fresh grad macam aku kalau xde org brief mende2 macam nih mana la aku nk tahu... tetiba hal2 career development nih jadi isu pulak.. Hai x paham aku...aku x "blame" bos aku pasal bagi kerja macam tu kat aku, cuma aku x paham masa nk abik aku kerja kat c tu x kan diorang x pk mende2 macam nih...abik je lepas tu kalau ade pe2 perkara berbangkit diam je lakot sebab yg komen bos besar so bos kecik boleh buat peje...walaupon hakikatnya bos besar patut tahu sape yg bos2 kecik2 niabik untuk bekerja, layak x dan bukan "put on blame" kat aku kate aku x de career development...sebabnya kerja2 SPM yg dikatakan tu bukan aku yg mintak tapi aku di suruh untuk buat, aku x mintak pon... bukan marah sebab di beri kerja tu cuma xkan la bos besar x thu yg division aku tu buat kerja pe, patut ke budak ade ijazah duk c tu atau x...hai x paham aku, makin aku cube paham terus lagi x paham aku di buatnya...

>>>hope ALLAH give me tough heart to endure this challenged...   

Monday, March 28, 2011

Terkelu seketika...

Pagi tadi masa aku nak pergi hantar borang untuk bos aku tandatangan, tetiba dia soh aku duduk sekejap dalam bilik dia. senyap sekejap sebab dia tengah tengok borang yg aku bagi tu... dalam 20 saat berlalu dia pun bersuara, "sebenarnya susah saya nak dapat tandatangan bos  besar untuk sambung kontrak awak kat sini..." aku diam, beri peluang bos aku sambung ayat dia lagi... " Bos  besar persoalkan, kenapa kita perlu ambik dia ni sedangkan kerja2 yang dia buat ni, budak SPM boleh buat, x perlu budak ijazah untuk buat", bos bagi tahu, "saya senaraikan lah ape kerja awak yg awak buat selama awak kerja kat sini"... lepas tu bos sambung lagi ape yg bos besar cakap..."sebab kita abik dia untuk dia bagi buah fikiran yg bernas bukan untuk buat kerja2 macam tu..." bos tarik napas, lepas tu dia pandang aku..." harap awak x terasa la dengan ape yg bos besar cakap tu, mungkin dia nak awak tunjukkan sesuatu bukan hanya pandai buat kerja je, saya tahu awak boleh buat kerja, tapi bagi dia (bos besar) dia nak kan awak tunjukkan sesuatu yg awak boleh buat dia rsa kagum... bukan hanya tahu buat kerja je..." "saya cadangkan awak bnyk terlibat dalam presentation "worksimp", tunjukkan dekat dia awaknya idea. Tu IOU nya form kira2 tu, saya x paham bila tengok, tapi kalau awak boleh ubah bagi format yg saya senang paham kan bgus... tu cuma saya punya idea je la.. .awak abik subjek ape dulu?" "aku cakap perpustakaan.." " oh pengurusan perpustakaan kan, ha guna lah ape yg awak belajar kat perpustakaan tu kat c ni" abis bos cakap aku diam... senyap kejap sebab x thu nk bg ape2 sebab tentang ape dia bg thu tu... sudah nya aku cakap "baiklah bos, saya cuba la buat ape yg saya mampu...". aku keluar dengan muka blur dan fikiran aku terus bergerak mencari konklusi ape yg bos cuba sampaikan... ape yg aku paham, lepas 3 bulan nih, aku dah boleh cari kerja lain kalau aku x dapat tunjukkan sesuatu kat mereka...hurm payah aku nak gambarkan perasaan aku sekarang...x cukup rupanya hanya sekadar boleh buat kerja dan mudah paham bila suruh buat kerja. Rupanya ade lagi yg perlu ade...Tapi yg aku x pahamnya, bos aku jugak yg bagi kerja SPM tu kat aku, x pernah pon bg peluang kat aku untuk tnya berbaloi ke saya buat kerja nih.... dan ape yg aku paham aku di suruh untuk kerja kat c tu mmg untuk buat kerja2 cam tu...

Aku pon masih berpikir, kenapa masa dia abik aku yg sepatutnya kat division lain tapi di serapkan ke division tu, diorang x pk pasal nk bagi aku kerja SPM ke x... lepas tu kene persoal aku d bgi kerja SPM, trus aku x paham... Aku masuk kat c tu tanpa di beri peluang untuk memperkenalkan diri aku atau bahsa mudah nya di temuduga... diorang pon x thu aku abik perpustakaan...lepas tu mungkin baru perasan kot lain sangat perpustakaan dengan kerja2 admin nih...hurm.. tapi tu la, perlu ke aku blame diorang sebab abik aku tanpa kaji sape aku... x perlu rasanya... mungkin ni rezeki aku tuhan bagi kan, so aku pk aku terima je dulu... sampai masa nanti aku akan cuba tnyakan hak aku balik... Mungkin org akan gelakkan aku sebab elok2 dapat tempat kerja best lepas tu brenti  pasal x "capable" so terus je jadi penganggur balik... x pe la, aku just pegang prinsip ni je... rezeki ALLAH bagi, kerana ALLAH x nk bagi aku jadi x betul, kat ctu, mungkin, so dia tempatkan aku tempat yg sesuai dengan aku...INSYAALLAH...  Tapi kalau aku masih di terima kat c tu selepas 3 bulan nih.. ALHAMDULILLAH... mungkin rezeki aku kat c tu...sape tahu kan...

### Sometimes we have to endure somethings that we should not to endure...so have to be tough...     



     

Saturday, March 26, 2011

To Many To Thinks About...

Many things to be done, and many things to be explore and many things to thinks about. Sometimes felt like there is no time to cater all things. But i like 1 words from someone, he said "many things can be gone and many things can disappear... but 1 things that god still remains to us...hope" why hope because if we still have have hope its mean our life still can be done well... Don't know whether this thought can be use or not, but for me there is logic behind the words...

At last, my contract work at my company that I work right now remains the same. They extend my contract 3 month. Thats means I'll be there for more three month... After that still remains mystery. Good to work here if I can be permanent here, but the problems is, hard to be permanent here. But for me good experience from here maybe I can apply in the my new working environment.. whose know right...

***Many memories I got here but still missing somethings...

Wednesday, March 9, 2011

Menghitung hari...

Sedar tak sedar dh dekat 9 bulan aku kat ctu. Macam x caye je aku mampu bertahan 9 bulan kat ctu. Tapi kalau benar seperti yg aku rasakan bulan ni tamatlah sejarah aku kat ctu. Sejarah baru lak aku perlu ciptakan. Kalau memang sudah takdirnya aku dah x bersama di situ, aku perlu gunakan apa yang aku belajar kat c tu untk di praktikan di tempat baru nanti kalau aku dapat la mana2... hehhe. Tapi aku redha je klu aku dh x bersama lagi kat c tu.Aku yakin tuhan tu dah tetapkan rezeki untuk aku, sebab tu dia letakan aku kat c tu dulu untuk aku paham erti sebuah pekerjaan....  Lepas ni mudh untuk aku adapt dengan tempat baru...

semoga aku berjaya mengharungi semua ini...insyaALLAH...


Tuesday, March 8, 2011

Teruskan...

Aku takut sebelum nie untuk teruskan ape yang aku cuba dapatkan. Bukan x nak, tapi mungkin aku kurang keyakinan. sebab bila aku cuba untuk teruskan, semua anggota badan terutama hati dan otak aku menolak segala yang aku mahu teruskan. Macam2 kata2 sinis keluar dari segenap ruang badan, seperti seluruh anggota tahu apa bakal jadi kalau perkara itu di teruskan. Aku tewas dengan saranan itu... Tapi sampai bila, benarkah kata hati itu sungguh bernilai... perasaan itu berangkai dan otak itu berakal...BENAR...

Tapi mengapa aku masih begini....

Monday, March 7, 2011

VISION>>> 2

Learning is a process that all people had faces everyday, sometimes is helped sometimes is just something to understand and just to keep for our self to remember. But for me the best part about learning is we always can improved our selves to be better everyday and for our whole entire life.

I learn every days especially to improve my works skills. Every days I came to office my mind set to reduce my mistakes in done the works given. But what I always wanted not always on my plan. I thought I have done well, but at the end, still have mistakes here and there. But for me the mistakes that I have done not all cause by me. It depend on the situation the jobs has been given to me. I can says, if have someone be at my place, he or she can also do the same mistake I have done. But for sure when I do the mistakes, people will questioning back to me, "you not supposed to do like this, you have to do same in what we have told you", for your information when I do this before this mistakes never happened, I can do all in well". When someone tell me like that, it make me think, it is she or he are perfect that never do wrong in their life. If that so I think she or he have same level like our prophet. Because prophet is some one that have guidance from God to protect them to do the wrong things. But i think I have to be realistic regarding this thing. I'm just a lower rank people there, so just follow the rules until I cannot endure and tried hard to get new life and new career. Hope so. But here I also can tell that all I have faces along my works life is a process of learning.

So have a vision is important to aim in long term what we especially or me want to achieved. I know its hard, but if god allow and my hard try I never thought that I can't achieved it. Because I believed Allah and I will never stop prayer to achieved my vision....

***sometimes, be naive can also helped us to get somethings...

Monday, February 28, 2011

VISION>>>

Every each of people in these world have their own vision. So do I. But for me the most important things is not the vision but the things that we do to achieve our vision. I also one of the man that have a vision. But don't know why, right now I felt so hard to achieve my Vision. I always think what will I do or done after 5 years from now... I still don't get any answer regarding of this. Some people think, do a hard things first before you can get better life after that. I do agreed with this statements but the question is how hard you can stand and how long you can bear with all the hard things. For me good you have experience doing the hard things but you have to make sure after this you will get better life.

In my situation right now, i just learn about how to works and get money. Because before this i never works in formal. I just work at stall at my house, doing part time petrol boy and learn how to manage small stall. That's all I have learn things related to my works experiences. I do surprised when i got offer to do practical works at the company i have works right now. Something i 'm not prepared to happen. Here i learn a lot especially regarding time management....

Wednesday, February 23, 2011

Memerhati & Reality

Aku bila jalan2 je terutama dekat KLCC or mana2 la, aku suka memerhatikan orang. Dh macam tebiat lazim lak. Bkn pe suke tengok gelagat org tu. Macam2 ada (pinjam tag line maskot Astro: x silap dah meninggal dh rasanya org tua yg jadi duta Astro nih). Bagi aku bila melihat ekspresi muka2 orang yang lalu lalang tu aku macm dapat agak ape kelakuan org tu. itu cuma akunye rasa je la.

Baru2 nih boss aku tnya aku, "awak ade kerja yang awak minat x"? , aku jawab kat dia,"kalau ikutkan saya nk la kerja macam bidang saya ambik masa kat U dulu tu, library". "Awk x tnya kat bawah ade kosong x"? Dah tnya bos tapi memang x de nk pakai org, lagipon dept tu kecik je". "so kat c ni cam ne"? saya ok je boss x kisah pon. "ade mintak mana2 x sekarang nih"? ade bos tapi xde rezeki lagi"...Oh...(hening...). Lepas je perbualan tu, aku terus berpikir kejap, betul ke jawapan aku bagi tu...hurmm... aku harap dia xde la pk len2 anggap aku x ske ke kerja kat c tu... sebab bagi aku jawapan aku bagi tu masih selamat lagi...bg dia x taulah aku.

Makin lama aku kerja aku makin dapat paham macam mana sukarnya nk berkerja nih. lebih2 lagi kerja dengan syarikat korporat, semuanya nk cepat x paham aku. Maybe kalau lambat leh rugi company tu nnti kot. Mungkin...

***Leave without hesitation...

Friday, February 11, 2011

Event...

Dah 2 hari berturut2 aku kene set up event dari pagi sampai la petang exceeded malam, kerja set up event. terpikir kejap aku, aku nie kerja pejabat ke kerja set up event. Hampir2 mencarut gak la kan coz x berenti2 duk angkat dan susun kerusi meja tuh... kalau sikit x pe la gak, ni boleh tahan gak la. Aku rasa kalau aku buat event tu untuk orang dh lama aku charge orang tu mahalnya... nasib baik aku di bayar gak cuma aku x leh nak nego je bape yang aku nak di bayr... hehehe... azabnya tuhan je la yang tahu. Nasib la ade rakan sejawat yg senior tu membantu dan beri tunjuk ajar kat aku, kalau x moh aku cakap kat boss, "panggil org luar je la set up boss, malas laa... tak pon boss je la wat..." hahahaha kompom aku lepas cakap tu boss tnya, dh bape lama kerja, dah cukup pengalaman nk berhijrah?" kalau dia cakap g tu sure aku dah jadi penganggur balik esoknya... hahaha... tapi pe2 pon satu pengalaman yang baik gak la untuk aku coz bnyk gak aku belajar dalam megurus dan set up event nih... ape2 pon majulah sukan untuk negara...

Monday, February 7, 2011

Gembira...

Tumpang gembira bila dapat tahu ramai kawan2 dh nk kawen, bekerjaya dan sambung study... semua dah mula mencari masa depan sendri dan merancang hala tuju diri masing2. Walaupon masih ada lagi kawan aku yang x dapat kerja dan terumbang ambing masa depan, aku simpati dengan nasib diorang. Mungkin belum sampai masa lagi. Pada kawan2 aku yang masih mencari teruskan pencarian... Mana tahu dapat kerja atau masa depan yang lebih baik dari yang dah bekerja kan...

Aku.... akan terus berusaha dapat kan ape yang aku ingin kan...


###Aku pernah rasai hidup susah satu ketika dulu...



Saturday, January 29, 2011

Sketsa Semalam

Sketsa 1...

Perbualan di kedai Makan... (lebih kurang begini)

Rakan 1: aku ingat aku nak berenti la... tak tahan dengan politik dalam company aku tu...

Rakan 2: comapany ko tu ramai melayu ke? kalau melayu memang cam tu...

Rakan 3: kau memang dah abis pikir ke? dah dapat kerja lain?

Rakan 1: belum lagi tapi aku yakin boleh cari kerja lain...

Rakan 3: aku rasa baik kau stay dulu, sebab macam abang aku cakap, kumpul pengalaman dulu lepas tu kalau nak berenti berenti la...

Rakan 2: betul jugak tu... baik ko pikir betul2...

(perbualan terhenti kurang jelas apa yang di perdebatkan selepas itu)

Sketsa 2...

kelihatan seorang budak perempuan comel sedang makan bersama seorang lelaki... x pasti samada lelaki tu ayah budak tu atau tak, tapi begitu mesra dan penuh kasih sayang sebab lelaki tersebut menyuapkan makanan pada budak yang comel tu.

......................................................................................................................

Macam2 ragam manusia aku dapat lihat dalam satu hari tu, tapi ini yang aku dapat aku kongsi. tak semua orang suka dengan apa yang dia buat sekarang... realiti kehidupan... tapi untuk hidup terpaksa teruskan... tapi ada jugak yang tewas dan mudah membuat keputusan untuk melarikan diri dari masalah... tapi kalau betul pon itu adalah keputusan sendiri dan perlu bertanggung jawab atas apa yang diinginkan.

Budak kecik tu, bertuah kalau tu ayah dia, ada setengah yang lain ibu bapa buang je kat tong sampah, tinggal depan surau, dalam longkang dan lebih teruk lagi buang dalam tong sampah. sampah masyarakat betul orang2 macam ni. patut bakar je orang2 macam nih sebab xde nilai kasihan langsung.

Aku, masih cuba mencari ape yang aku nak, biar la lambat dapat asalkan ianya sempurna..
Doa kan aku...

Wednesday, January 26, 2011

Bingung...

Bingung aku rasa hari ni... buat ape2 perkara pon aku rasa serba x kena, tak tahu nape aku rasa macam tu. letih mungkin... tapi ape je yang meletih kan aku... kerja? orang? persekitaran? entah aku pon x dapat meneka pe sebenarnya yang buat aku rasa macam nie... boleh jadi kerja aku, kerana ini adalah pertama kali aku berkerja secara formal dalam hidup aku... atau orang pon boleh jadi penyebab aku rasa bingung macam ni, mungkin perangai orang, mungkin aku terlalu memikirkan hal orang atau mungkin persekitaran aku sekarang yang menginginkan sesuatu perkara itu berlaku dengan pantas. segalanya mungkin...
lepas satu, satu lagi perkara berlaku... kadang2 rasa macam aku sedang terbang je kalau begitu banyak perkara berlaku dalam sehari-harian tu...sebabnya aku begitu lemah untuk menidakkan sesuatu perkara itu untuk berlaku... tapi perlu ke berlagak kuat kalau sudah terang2 aku nih lemah... macam menidakkan sesuatu yg hak pulak...
bingung dengan ape yg berlaku sekarang, harap esok adalah hari yg baik buat aku... amin..
Doakan aku...

Tuesday, January 11, 2011

Color of Life

Salam,
Dah lama aku x up dates blog neh sebabnya xde tenet kat umah so kalau berkesempatan je la baru boleh huhuhu. Hurm, hari ni bermula cam biasa je, pagi siap2 g kerja dan abis kerja mesti exceed sampai kol 8.30 atau lebih. cam tu la aku hari2. x tahu nak gambarkan samada aku suka atau x dengan kehidupan aku sekrang nih. sebabnya sometimes aku rasa ok sometimes rase cam x best lak semuanya gara2 kerja yang aku tengah jawat sekarang nih. pe2 pon yg penting aku dpat gak la pengalaman kan.
x tahu sampai bila aku mampu bertahan dengan kerja aku sekarang, harap2 lama la. begitu mencabar bagi aku yang berjiwa rakyat nih (ye ke aku berjiwa rakyat neh) heheh. Hari2 kene berhadapan dengan pelbagai ragam orang, kadang2 mampu gak la bertahan kadang2 ade gak rasa cam dh nak karate je orang tue hahahaha. Tapi tu la hakikat dia kat sini.
Ok la dh x tau nk bebel pe lagi adios...

***hope i'll get what i wanted soonest...
always pray to achieved it, Amin...

Monday, January 10, 2011

Merenung kehidupan...