Monday, March 28, 2011

Terkelu seketika...

Pagi tadi masa aku nak pergi hantar borang untuk bos aku tandatangan, tetiba dia soh aku duduk sekejap dalam bilik dia. senyap sekejap sebab dia tengah tengok borang yg aku bagi tu... dalam 20 saat berlalu dia pun bersuara, "sebenarnya susah saya nak dapat tandatangan bos  besar untuk sambung kontrak awak kat sini..." aku diam, beri peluang bos aku sambung ayat dia lagi... " Bos  besar persoalkan, kenapa kita perlu ambik dia ni sedangkan kerja2 yang dia buat ni, budak SPM boleh buat, x perlu budak ijazah untuk buat", bos bagi tahu, "saya senaraikan lah ape kerja awak yg awak buat selama awak kerja kat sini"... lepas tu bos sambung lagi ape yg bos besar cakap..."sebab kita abik dia untuk dia bagi buah fikiran yg bernas bukan untuk buat kerja2 macam tu..." bos tarik napas, lepas tu dia pandang aku..." harap awak x terasa la dengan ape yg bos besar cakap tu, mungkin dia nak awak tunjukkan sesuatu bukan hanya pandai buat kerja je, saya tahu awak boleh buat kerja, tapi bagi dia (bos besar) dia nak kan awak tunjukkan sesuatu yg awak boleh buat dia rsa kagum... bukan hanya tahu buat kerja je..." "saya cadangkan awak bnyk terlibat dalam presentation "worksimp", tunjukkan dekat dia awaknya idea. Tu IOU nya form kira2 tu, saya x paham bila tengok, tapi kalau awak boleh ubah bagi format yg saya senang paham kan bgus... tu cuma saya punya idea je la.. .awak abik subjek ape dulu?" "aku cakap perpustakaan.." " oh pengurusan perpustakaan kan, ha guna lah ape yg awak belajar kat perpustakaan tu kat c ni" abis bos cakap aku diam... senyap kejap sebab x thu nk bg ape2 sebab tentang ape dia bg thu tu... sudah nya aku cakap "baiklah bos, saya cuba la buat ape yg saya mampu...". aku keluar dengan muka blur dan fikiran aku terus bergerak mencari konklusi ape yg bos cuba sampaikan... ape yg aku paham, lepas 3 bulan nih, aku dah boleh cari kerja lain kalau aku x dapat tunjukkan sesuatu kat mereka...hurm payah aku nak gambarkan perasaan aku sekarang...x cukup rupanya hanya sekadar boleh buat kerja dan mudah paham bila suruh buat kerja. Rupanya ade lagi yg perlu ade...Tapi yg aku x pahamnya, bos aku jugak yg bagi kerja SPM tu kat aku, x pernah pon bg peluang kat aku untuk tnya berbaloi ke saya buat kerja nih.... dan ape yg aku paham aku di suruh untuk kerja kat c tu mmg untuk buat kerja2 cam tu...

Aku pon masih berpikir, kenapa masa dia abik aku yg sepatutnya kat division lain tapi di serapkan ke division tu, diorang x pk pasal nk bagi aku kerja SPM ke x... lepas tu kene persoal aku d bgi kerja SPM, trus aku x paham... Aku masuk kat c tu tanpa di beri peluang untuk memperkenalkan diri aku atau bahsa mudah nya di temuduga... diorang pon x thu aku abik perpustakaan...lepas tu mungkin baru perasan kot lain sangat perpustakaan dengan kerja2 admin nih...hurm.. tapi tu la, perlu ke aku blame diorang sebab abik aku tanpa kaji sape aku... x perlu rasanya... mungkin ni rezeki aku tuhan bagi kan, so aku pk aku terima je dulu... sampai masa nanti aku akan cuba tnyakan hak aku balik... Mungkin org akan gelakkan aku sebab elok2 dapat tempat kerja best lepas tu brenti  pasal x "capable" so terus je jadi penganggur balik... x pe la, aku just pegang prinsip ni je... rezeki ALLAH bagi, kerana ALLAH x nk bagi aku jadi x betul, kat ctu, mungkin, so dia tempatkan aku tempat yg sesuai dengan aku...INSYAALLAH...  Tapi kalau aku masih di terima kat c tu selepas 3 bulan nih.. ALHAMDULILLAH... mungkin rezeki aku kat c tu...sape tahu kan...

### Sometimes we have to endure somethings that we should not to endure...so have to be tough...     



     

No comments:

Post a Comment