Thursday, December 24, 2009

Minggu ke 6...

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

Diam tak diam dah 6 minggu aku praktikal kat library kauntan nih. Setakat ni masih lagi aku mampu bertahan untuk terus praktikal di sini. Macam- macam benda aku dah belajar kat Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) ni dan macam-macam ragam orang juga la yang aku dah jumpa kat PPAP nih. Tapi yang pasti aku masih belum berjaya menghabiskan praktikal aku ni lagi, pasal ada 3 minggu lagi aku kat sini. huhuhu. Pada semua kawan2 aku yang tengah praktikal bersama-sama aku samada yang berada di PPAP atau di tempat lain, semoga seronok berpraktikal di luar sana. Hehehe...

Friday, November 20, 2009

Praktikal Diteruskan...

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

Hari ni 20hb Jumaat 2009. Aku dan rakan2 aku Mal Ija dan Ayie meneruskan praktikal kami dengan jayanya di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Mal dan Ija kat unit services aku dan Ayie kat bahagian perolehan dan katalog. Aku telah berjaya dengan jayanya mengecop hampir 400 ratus buku sepanjang aku berada di bahagian ni. Satu perkara yang boleh di banggakan sebagai seorang yang baru bermula macam aku. Kira Ayie pon cam aku la. Selama 4 hari aku cop buku dan semalam bermula la era katalog buku aku. Memang menarik, sebab aku belajar macam mana perpustakaan ni uruskan bahan atau koleksi untuk di katalogkan. Aku belajar guna istilah "copy cataloguing" dan gunakan copy cataloguing untuk katalog buku yang selama ini aku hanya dengar2 istilah ini di fact je di sebut oleh pensyarah2 aku. Sekarang aku dah mula belajar. Tapi copy cat pon ade kelemahan, coz kadang2 ade bahan senang la, kalau x de kene la buat sendiri cari dalam DDC atau LCSH. Dan kalau cari sendiri memang mencabar. Huhuhu. Hari ni aku teruskan aktiviti mengkatalog bahan tu. Harap2 bnyklah aku belajar dari bahagian pengkatalogan ni, sebab aku ni memang agak lembab gak la nak tangkap ape orang ajar ni. Harap2 ok la.m Ok la. X tahu nak merepek ape lagi. Salam...

Tuesday, November 17, 2009

Praktikal...

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani...
Hari ni genap dua hari aku lepak Perpustakaan Awam Pahang buat praktikal bagi memenuhi keperluan subjek yang aku ambik kat universiti. Aku mula semalam 16 hb and sekarang dah 17hb. Alhamdulillah memang menarik dapat kat c ni, semua staff baik2 dan mesra2. x loket ilmu dan tak marah2. Kira semua nya berjalan lancar di sini. Harap2 sampai abis pon akan macam ni. Dalam dua hari aku kenal macam2 orang kat cni. Macam-macam aku belajar dan macam2 ilmu yang aku dapat. 2 hari aku kat cni aku ditugaskan di department perolehan dan pengkatalogan, antara tugas aku kat c ni mengecop buku yang akan di hantarkan ke cawangan2 daerah. Aku akan di rotatekan tugas bila sampai masanya untuk aku merasa semua kerja kat perpustakaan ni. Amat menarik dan agak teruja gak bila dapat wat mende tu. Bila dah wat ralit je sampai lupa nak g makan. Hahaha, mayb sebab baru kot tu teruja sangat. tapi ape2 ape pon memang best. Coz first time dapat wat kerja2 library. Dulu belajar je sampai lebam sekarang aku sendiri rasa so quite exited about that. Kawan2 doa2 kan aku k semoga aku dapat harungi praktikal ni dengan aman. Insyaallah...

Sunday, November 15, 2009

Menumpang di Rumah Ayie...

Dengan nama Allah yan maha pemurah lagi maha mengasihani

Hari ini aku baru je sampai umah Ayie kawan aku kat Puncak tu. Umah dia kat Bandar Di Raja Pekan Pahang. Aku tinggal umah dia, kalau tak ade aral melintang insyaallah sampai dua bulan. Aku lepak umah dia pasal aku nak attend praktikal kat Perpustakaan Awam Pahang. Aku mula praktikal pada 16hb november 2009. Gementar gak ni nak g praktikal ni coz sebab akan jadi macam pekerja kat library tu nanti. Hope dapat la perform yang terbaik kat c tu. Doakn aku rakan2 agar aku dapat kerja dengan baik.Hahaha. For ayie thanks alot coz beri tumpang umah ko also to your parents too. Sebab benarkan aku tinggal kat rumah ko tu. Semoa ALLAH la
yang membalas jasa ko sekeluarga. Amin...

Thursday, November 5, 2009

Keiginan...

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Memang sakit dan kecewa kalau kita x dapat apa yang kita inginkan. Lebih-lebih lagi kalau sesuatu yang kita nak tu begitu bermakna bagi kita. Tak kira la ape pun benda atau perkara yang kita mahu tu asal kan ianya bermakna. Ramai orang cakap kita akan buat ape saja asalkan kita dapat ape yang kita mahukan tu, tapi ramai jugak yang berkeinginan tapi tak lakukan apa-apa untuk dapatkan apa yang mereka inginkan tu. Tapi macam mana kalau ape yang kita inginkan tu perlukan pengorbanan yang kita sendiri tak mampu nak korbankan. Mungkin sebab duit atau melibatkan perasaan orang atau sebab lain yang kadangkala kita sendiri tak mampu lakukan nya. Kalau perkara macam ni adakah dikira x berusaha bersungguh-sungguh untuk dapatkannya atau memang dah tersurat kita tidak akan dapat apa yang kita hajatkan tu. Tapi ape yang pasti rasa kecewa dan sakit dalam hati tu memang ada. Ada juga orang cakap, walaupon kita dapat ape yang kita inginkan tu kadang-kadang tetap x memuaskan hati kita walaupon sebelum ini kita begitu berharap ingin mendapatkannya. Tapi pada aku mesti ada hikmah kenapa berlaku perkara macam ni. Sebab aku pun pernah ada pengalaman x dapat ape yang aku inginkan walaupon sebelum itu aku rasa aku boleh dapat ape yang aku inginkan tu ,tapi kesudahannya tetap x dapat. Bukan sekali berlaku. Aku rasa kawan-kawan aku yang baca ni pon penah rasa ape yang aku rasakan. betul x?.

Monday, October 26, 2009

Makan Malam Perdana/ Malam Pra-Graduasi

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang

Pada tanggal 24 hb Ogos 2009 Fakulti yang aku belajar iatu Fakulti Pengurusan Maklumat telah mengadakan makan malam perdana atau lebih tepat lagi malam Pra-Graduasi. Bahasa lagi mudah paham malam meraikan pelajar-pelajar semestar akhir bagi sesi jun-november 2009 bagi Fakulti Pengurusan Maklumat. Tempat dia kat Holiday in Glenmarie. Bawah ni aku post beberapa gambar aku bersama rakan-rakan masa majlis tersebut.


Nie gambar aku ngan rakan-rakan gagah perkasa aku hohoho....


Bergambar dengan jinchuriki ke 11. Helang Glenmarie

Empat orang bakal menteri besar hahahaha

Gambar pemegang sembilan ekor jinchuriki hahahahah

Ape-apehal pon semua budak-budak batch aku semua meriah-meriah. Semoga kita berjaya mencapai cita-cita selepas tamat belajar nanti. Insyaallah.

Thursday, October 22, 2009

Pergi tak kembali...

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Pada tanggal 19 oktober 2009, pada jam lebih kurang 11.30, aku dan teman-teman serumahku telah menerima berita yang mengejutkan. Aku dan kawanku mendapat berita, bahawa rakan serumah ku, Hairuldin bin ismail telah kehilangan insan tersayang beliau iaitu ayahandanya yang dikasihi. Din dengan nada yang terketar-ketar memberitahu perihal berita tersebut. Kesedihan dari seorang anak tidak dapat di tahan lagi, dengan tidak semena-mena manik-manik airmata muncul di kelopak matanya menandakan bahawa betapa kasih dan sayangnya seorang anak kepada bapanya. Airmata yang sebelum ini ampuh di tahan akhirnya muncul membasahi pipi. Situasi seperti itu telah membuatkan aku dan kawan-kawan ku kaget sebentar. Begitu besar dugaan yang di hadapi oleh rakan ku ini. Di saat dia bakal melabuhkan tirainya sebagai seorang mahasiswa dan bakal memegang ijazah, tatkala itulah dia kehilangan orang yang paling dia sayangi. Tidak sempat seorang ayah melihat kejayaan seorang anak yang telah dia besarkan sejak dari umur 1 hari lagi memegang ijazah berdiri megah diatas pentas sambil tersenyum puas kerana berjaya mengharungi hidup sebagai seorang mahasiswa yang berjaya. Maafkan kami din, kami hanya mampu memberi kata-kata semangat agar engkau tabah dan dapat menerima kenyataan apa yang sudah tersurat. Sebenarnya kami turut merasa kesedihan tersebut, tetapi mungkin berlainan dari apa yang kau rasa. Kami berharap engkau tabah mengharungi hidup ini. Ada orang berkata, menulis begitu senang dari melakukannya. Betul, tapi sekirnya penulisan itu dapat mengubah seseorang, maka itulah nilai sebenranya sesebuah penulisan itu. Ada juga yang berkata, orang yang tak merasai ape yang terjadi kepada mangsa tidak tahu betapa sakitnya sesuatu yang berlaku itu, benar, tapi orang yang tidak merasai itu perlu memberi sokongan agar kesedihan yang diaalami mangsa itu dapat dikurang kan. Oleh itu aku harap dapat lah kita renungkan bersama ayat terkhir dari surah al-Baqarah ini sebagai panduan agar kita tidak menyalahkan takdir dikemudian hari. Aku nasihat diri aku dan rakan-rakan agar kita sentiasa renungkan ayat ini untuk jadi pendinding agar kita patuh pada ajaran ALLAH, Insyaalah...


286. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (surah al-Baqarah ayat 286)

Renung-renungkanlah dan selamat beramal.

Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada ayah din agar rohnya ditempatkan di kelompok orang-orang yang soleh.

Allahualam...

Friday, October 16, 2009

Kisah Waktu Pagi..?

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang

Aku pon xde idea sangat nk tulis pe ni pasal dah bukak so x tulis x best lak. Jadi aku ingat nk tulis la pasal kisah aku 2 hari lepas iaitu pada tanggal 13/10/2009. Pada tarikh tu aku di serang sakit perut yang melampau, mula-mula aku ingat gastrik sebab aku dah pegi pusat kesihatan tempat aku dia kata aku gastrik. So dia bagi la ubat. Tapi ubat tu x dapat integrated dengan perut aku so sakit perut tu semakin menjadi-jadi. Malam tu kerana dah tak tahan member umah aku "Syahmi" pangil la warden kat kolej aku untuk selesaikan masalah keperutan aku tu. Sudahnya aku kena hantar ke Hospital Sungai Buloh (HBS). Aku pegi tu dengan kawan aku yang ada masalah sama macam aku jugak. Yang bestnye masa nak pegi tu En yang bawak van kesihatan tu bukak siren kecemasan van tu, so aku masa tu rasa macam orang sakit tenat lak dan dalam masa yang sama aku pon ade rasa gak cam menteri pasal bila van tu lalu kat tempat kenderaan sesak semua kenderaan tu bagi laluan, so kan dah macam van tu bawak menteri dalam tu.hehe. Sampai je kat HBS tu kene cek tekanan darah dulu. Lepas tu buat kad kat kaunter. Kene la charge RM 1 singgit ngan staff yang jaga kat pendaftaran tu. Habis daftar dia bagi nombor panggilan. Nombor aku dapat 4010. Masa aku tengok kat screen no depan aku tu baru 1000 lebih. Risau gak aku masa tengok no tu. Rupa-rupanya tu nombor tuk pesakit lain. X sampai 15 minit nombor aku pon di catat dalam papan nombor elektronik tu. Aku pon masuk la dalam bilik doktor tu. Nama doktor tu aku x perasan sangat pasal aku tengah sakit sangat perut masa tu so x abk hal sangat nama2 ni. Yang pasti doktor tu memang lawa. hehe.Cek2 aku disahkan bukan gastrik tapi keracunan makanan. terkejut jap masa tu. X pasal2 lepas tu aku kene cucuk. Nurse kat c tu pon abk alih dalam hal cucuk mencucuk ni, dia kata dia cucuk ubat muntah dan sakit perut. Masa nak cucuk ni pon satu hal, mula2 dia nk cucuk kat tangan sebelah kanan aku kat pelipat siku, tapi x leh pasal tangan aku jadi bengkak. Tukar, nurse tu cari kat atas tangan kanan aku tu lak. Agak sakit bila kat ctu, yang pasti nurse tu ada tanya sakit ke aku cakap sikit je. Tapi kat ctu x leh gak jadi dia tukar lak kat tangan kiri aku. Dia abik kat lengan lak. Itu pon dua tempat nurse tu try baru boleh tapi kali ni yang buat tu nurse yang otai sikit. Yang buat kat tangan belah kanan aku tadi nurse muda. Kat tangan kiri ni pon masa dia buat tu dia tnya sakit ke, aku pon dengan humble cakap sikit je padahal sakitnye tuhan je yang tahu. Lepas kene cucuk baru abk ubat. Aku dpat 3 jenis ubat. Satu cirit birit, 2 sakit perut. Tapi aku rasa ubat tu tak sesuai pasal bila aku makan mesti sakit kepala. Masa aku tulis cerita ni pon masih sakit lagi perut aku dengan kepala aku. Ape-ape hal pon inilah kiasah masalah keperutan aku. huhuhu. Aku berdoa agar cepat la sihat perut aku gar aku boleh makan mende-mende menarik sket lepas ni. Insayaallah.



Bukti nombor giliran yang aku dapat masa pergi tu.

Tuesday, October 13, 2009

Cita-cita..

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang

Setiap orang ade cite-cite sendiri. Masa kecik-kecik dulu dekat sekolah rendah, aku selalu di tanya oleh cikgu ape cita-cita aku. Ape yang aku bagi tahu tu dia akn rekod kan dalam laporan dia. Untuk ape, yang itu aku tak tahu. Mungkin untuk buat kayu ukur kot samada aku berjaya capai ke tak kot. Tapi masa tu aku dah tak ingat sangat ape yang aku bagi tahu cikgu aku. Tapi, sekarang walaupun dah masuk U ni aku masih bermasalah untuk tentukan ape aku nak jadi lepas aku habis belajar ni. Aku memang belum ada idea lagi ape aku nak buat lepas belajar ni. Aku cuma berharap aku terus dapat kerja lepas aku belajar ni. Aku memang nak sangat merasa situasi bekerja sebenar ni, sebab orang cakap bekerja lain dari belajar. Itu yang buat aku teruja nak berasa bekerja tu. Bukan aku x pernah bekerja dulu cuma aku bekerja tu bukan bekerja dalam pejabat, cuma jadi waiter kedai makan je. Itu pon kat kedai dekat perumahan rumah aku tu. Nak jugak la rasa kerja yang bukan layan kerenah orang ramai sangat ni walaupun jurusan yang aku ambik kat U ni memang jurusan layan orang ramai.huhuhu. X pe la, masalah pokoknye ialah, ape cita-cita aku, yang tu jadi masalah pada aku sekarang. Aku hanya berserah kat ALLAH je ni ape yang akan berlaku pada aku lepas habis belajar ni. Harap-harap tuhan akan makbulkan doa aku untuk capaikan cita-cita aku yang aku x tahu ni. "Hope I can be someone one day." Kawan-kawan doakanlah aku... Insyaallah.

Friday, October 9, 2009

Sejarah lalu..

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang

Setiap orang ade sejarah sendiri dalam hidup mereka. Samada ianya sejarah yang menarik atau tidak terpulanglah pada individu itu sendiri mentafsirkannya kerana sejarah itu berkaitan dengan hidupnya. Aku pon sama, ada sejarah lalu yang aku pon dah lupa dan yang masih ingat dan lekat dalam ingatan aku. Aku ingat lagi masa kecik2 dulu aku ni agak nakal gak, sampai ada bekas parut kat mata aku sebab gaduh ngan anak jiran aku dulu,pasal ape aku pon dah lupa. x silap aku perkara tu dah berlaku hampir 18 tahun dulu, x silap aku masa aku umur 5 tahun masa tu. Aku pon penah melakar sejarah sendiri dalam hidup aku masa aku sekolah rendah. Aku penah menang menang bola sepak bawah 10 thn peringkat daerah bentong tanpa melepaskan 1 gol pon pada pihak lawan. Masa tu aku sekolah kat bsekolah SKTF (sekolah kebangsaan Tuanku Fatimah). Masa ni gak la sekolah aku telah dipilih untuk jadi sekolah contoh dari segi pencapaian sukan untuk di letakkan dalam majalah didik. Bangga sekejap aku masa tu, lebih-lebih lagi sekolah aku tu telah berjaya mengalahkan sekolah pilihan juara masa tu, sekolah sulaiman. Masa sekolah rendah ni gak la bagi aku zaman kegemilangan aku dalam sukan, aku telah berjaya mewakili daerah bentong untuk lawan ngan daerah-daerah lain di pahang. Tapi malangnya aku baru baik demam campak masa main tu, so x leh perfom. Team aku kalah masa main daerah tu. Masa sukan sekolah pon aku berjaya gak, sebabnya kau telah mengumpul dekat 20 pingat sukan sekolah masa pemberian pingat di berikan. Bangga gak masa tu.hehe.Agak kecewa gak la masa tu. Sekolah menengah, x de ape yg menarik sebab aku hanya meningkat dari segi akademik je, sukan aku telah kurangkan sebab banyak cina so aku malas nk perform masa tu. Aku berjaya masuk kelas sains je masa aku sekolah menengah dulu. Kira bangga la gak sebab sekolah aku tu budak melayu nak masuk kelas tu sukar sangat, selalu cina je ramai, tapi masa aku masuk tu melayu sama ramai je ngan cina sampai pengetua aku masa tu kata kelas aku tu kelas bersejarah selama dia jadi pengetua kat situ orang melayu x pernah ramai cam tu. Tapi tu cite dulu, sekarang aku dah sampai kat university dan kat sini banyak lagi yang aku dapat untuk dijadikan sebagai sebahagian sejarah hidup aku. Apa-apahal pon "remember our roots" agar kita tak terpesong jauh dari hidup kita sendiri.

Allahualam...

Tuesday, October 6, 2009

Minggu Assignment...

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang

Huih letih la aku dalam dua minggu ni dok menyiapkan assignment yang pelbagai. Bahaya tol kalau x siap ni. Coz aku dah sem akhir ni, kene wat betul-betul. hehe. Konfident je aku ni tulis cam tu. tapi walauapapon yang tejadi semua keje ni mesti siap dalam minggu ni and minggu depan. Kalau tidak memang mendatang kan masalah besar. heheh. Masa aku taip cite ni pon ngah ngadap wat assingnment la ni. Saja je menulis jap buang masa sket.hahaha. Ok la x pe la kau melalaut ni. Ape-apehal pon doakan kau semoga dapat habiskan bulan-bulan terakhir aku di University ni memberi seribu makna pada aku. Ok la, assalamualaikum.....

Wednesday, September 30, 2009

Permasalahan

Setiap orang ade masalah masing-masing. Cuma bezanya setiap orang masalah mereka lain-lain. Kalau sama mesti bersebab. Tapi isu yang aku nk kongsi ni bukan pasal masalah bersama-sama tetapi masalah individu itu sendiri. Masalah yang memungkinkan seseorang induvidu itu bertindak seperti orang yang kurang waras. Bagi aku masalah seperti ini biasanya berlaku kerana kurangnya kefahaman tentang agama itu sendiri. Kalau seseorang tu kuat pegangan agama selalunya sukar untuk jadi begini. Sebagai contoh ada orang yang mengaku dia tu Rasul atau Pesuruh tuhan terutamanya mengenai agama islam. Dalam Islam Nabi Muhammad adalah nabi lagi rasul yang terakhir yang membawa rahmat sekalian alam kepada umat muka bumi. Tidak akan ada lagi nabi dan rasul selepas wafatnya Nabi Muhammad S.A.W. Tapi masih lagi ada orang yang berani mengaku dia tu rasul. Pelik betul manusia ni, bila masalah tak dapat dibendung macam-macam berlaku. Kesian-kesian. Begitulah juga pada org len pon. Ape-ape pon selagi kita ni org Islam bertuhan kan ALLAH dan berRAsul kan Muhammad S.A.W, harus lah sentiasa mendekatkan diri kepada ALLAH agar tidak berlaku perkara-perkara pelik cam yang aku bg contoh td tu. Ape-ape pon renung2kanlah dan selamat beramal.

Allahualam...

Tuesday, September 29, 2009

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Alhamdulillah syukur pada tuhan yang masih memberi peluang untuk aku menulis dalam ruangan blog aku sendiri ni. Dalam hidup menjadi seorang insan kita tidak akan terlepas dari melakukan salah dan silap samada kita sedar atau tidak sedar. Semua ini adalah ketentuannya kita tidak boleh terlepas dari perkara sebegini. Kalau kita berdosa dengan ALLAH kita perlu lah memohon keampunan kepadanya dengan sebenar-benar taubat. Insyaallah ALLAH akan memaafkan semua kesalahan kita kerana ALLAH maha pengampun lagi maha penyayang. Selagi kita tidak syirik kepadanya selagi itu kita masih berpeluang untuk menerima keampunan daripanya. Tetapi sekiranya kita membuat kesalahan itu dengan manusia atau bahasa mudahnya sesama manusia, hendaklah kita memohon kemaafan daripada orang yang kita membuat kesalahan tersebut. Kerana dosa sesama manusia hanya boleh di maafkan oleh orang yang kita memohon kemaafan tersebut. Sekiranya kita sudah memohon kemaafan dan pihak tersebut tidak menerima kemaafan kita, serahlah segalanya pada ALAH untuk menentukan tentang status maaf kita tersebut. Kerana hanya ALLAH lah yang berhak menentukan sesuatu. Jadi di hari baik dan bulan baik ni aku nak memohon maaf pada kawan-kawan sahabat handai yang mengenali aku. Aku ingin memohon kemaafan sekiranya aku ada tersalah kata, termakan, termaki termengumpat atau ape sahaja kesalah yang boleh membuat kalian terasa hati dengan perbuatan aku tu, aku mohon maaf banyak-banyak. Halalkan makan minum aku sekiranya aku ada termakan dan terminum benda-benda makanan dari kalian. Sesungguhnya aku pon macam insan-insan lain yang tidak pernah lari dari melakukan kesalahan. Maaf semaaf-maafnya dari aku. Aku doakan semoga kalian semua sentiasa di limpahi rahmat dari ALLAH ta'ala. Insyaallah..

Allahualam....(sesungguhnya ALLAH yang maha mengetahui akan sesuatu perkara itu)

Friday, September 11, 2009

Persoalan...

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Sedar x sedar dah 22 hari dah kita berpuasa. Alhamdulillah setakat ni aku masih berupaya untuk berpuasa penuh. walaupun pelbagai dugaan melanda tapi aku masih berjaya menunaikan rukun islam ke 3 ni. Erm, aku selalu terpikir kalau aku tak pegi ke U ni kemana agaknya aku sekarang ni. Dah bekerja atau masih menganggur di rumah. Kalau aku masih menganggur aku kekal sebagai insan yang rugi tapi kalau aku bekerja kerja ape agaknya yang aku buat. Hurm..., persoalan ni la yang selalu aku fikirkan kadang2. Walaupun macam x berguna je untuk fikir mende cam ni tapi bagi aku kerana berfikir begini la menyebabkan aku lebih mengenal erti bersyukur atas ape yang tuhan telah bagi pada aku. Bersyukur dengan erti kata menghargai ape yang ada dan terjadi pada aku sekarang. Dapat pergi melanjutkan pelajaran ke Universiti bukan lah satu beban bagi aku tapi satu cabaran baru dalam hidup. Hampir 3 tahun aku belajar kat sini, pelbagai suka dan duka aku dapat tapi yang paling penting aku dapat belajar banyak tentang erti sebuah kehidupan samada sebagai seorang pelajar mahupun sebagai seorang insan di sisi Allah. Bagi aku sekarang ape yang terjadi pada masa depan aku, aku serahkan segalanya pada takdir, ape yang aku hanya boleh lakukan ialah berdoa dan berusaha agar aku berjaya menjadi "seseorang" satu hari nanti. Insyaallah. Em, korang lak penah ke terpikir macam aku fikirkan ni?...

Thursday, September 3, 2009

Datuk (Dr) A.Samad Said

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Alhamdulillah berkesempatan gak nk up dated blog aku neh.huhuhu. Em pagi semalam kat U aku ada wat wancana ilmu dengan sasterawan negara Datuk (Dr) A.Samad Said yang diadakan di Perpustakaan Kesayangan kami. Nama perpustakaan tu perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR). Sungguh menarik betul aku mendengar kata2 ilmiah sasterawan negara tu. Memandangkan tajuk wacana tu kegersangan minat membaca mahasiswa so ade kaitan gak la ngan minat membaca buku kan. Pak Samad memulakan ucapannya dengan kisah hidup dia masa dis sekolah. Dari ape yang aku paham dari keterangan yang dia buat tu, dia ni masa kecil dulu seorang budak yang gagap. Minat membaca yang dia warisi sehingga sekarang tu bertitik tolak dari asuhan ibunya yang suka membacakan buku pada dia masa dia kecik dulu. Antara buku2 ibunya yang memberi kesan kepada dia sehingga kini dan menyebabkan minat membaca dia semakin menjadi2 ialah buku "batu belah batu bertangkup dan kisah bangau oh bangau". Bermula dari sini la dia memupuk minat membaca dlam diri dia. Dia juga kata masa sekolah dulu dia telah mendapat anugerah pelajar yang telah berjaya menghabiskan ke semua buku dalam khutub khanah (Perpustakaan) disekolah dia dulu di singapura. Pasal hal ni aku respek kat dia memang hebat. Satu perpustakaan tu dia khatamkan. Satu yang agak mustahil untuk orang lain lakukan termasuk la aku. Rekod aku masa sekolah dulu pon paling banyk 100 buah x silap aku. Masa tu aku dlam tingkatan 2. Buku yang banyak aku pinjam masa tu novel remaja dan buku2 sejarah. Pak Samad kata dia memula berminat untuk telaah buku2 bahasa ingeris ini masa dia di Victoria Institution sehingga memperolehi Sijil Senior Cambridge (1956). Masa tu dia menelaah sebuah karya dari negeri cina yang ditulis oleh seorang penulis cina yang dia amat kagumi. Nama penulis tu lupe lak aku. Dia kata dia dia menyelami kisah hidup negara cina dengan hanya membaca karya2 dari pemulis cina tersebut. Masa tu dia kata penulis cina tu pernah datang buat syarahan di Victoria institution. Dari situ la dia berjinak2 membaca buku karya penulis tersebut yang kesemuanya dalam bahasa inggeris. Dia pon mengakui ketika itu bahasa inggeris dia pon x berapa hebat juga. Jadi dia terpaksa bekerja keras untuk memahami dan mendalami bahsa inggeria agar dia dapat memahami karya tersebut. Aku dngar dia kata macam ni sekali lagi aku resek Pak Samad ni, memang dia "devoted" diri dia hanya untuk membaca. Dia ada membuat kenyataan di mana "kalau saya tak makan, saya membaca, kalau saya tidak tidur saya membaca dan kalau saya tidak keluar, saya membaca". Huih dengar dia kata cam tu memang dah sah Pak Samad memang seorang yang sangat suka membaca, kira tahap gile la ni.hehe. Dia pon ade gak membei info2 baru pada aku la, macam dia sentuh bab "fakta dan fakti". Fakta dia memberi maksud sesuatu yang luhur atau bahasa mudah sesuatu yang benar manakala fakti pula bermaksud sesuatu yang tidak benar atau terpesong dari maksud awal. Contoh yang dia bagi masa tu pon agak menarik jugak. Dia bagi contoh tetang demonstrasi GMP (Gerakan Mansuhkan PPSMI) yang dia anjurkan tahun lepas x silap aku. Dia beritahu dalam akhbar arus perdana memberitakan yang demonstrasi itu dihadiri seramai 5000 orang sahaja tetapi kenyataannya lebih 50000 ribu yang hadir memberi sokongan. Jadi Pak Samad kata ini satu contoh fakti yang dia katakan tu. Em, sebelum dia tutup ucapan dia semalam dia ada bagi kata orang bijak pandai "Kehidupan yang tidak diselongkar bukan lah sebuah kehidupan". Huah memang mendalam maksud yang neh.hehe. Ape2 pon Pak Samad memang pejuang satera yang unggul bagi aku.

Friday, August 28, 2009

Pantai Balok Pahang (The Last Moment)...

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Pada 16 hb hingga 18hb Ogos hari tu aku ngan kawan2 satu batch kat UiTM telah berjaya untuk pergi ke Pantai Balok Pahang bagi menjalankan Program Pemantapan Graduan yang bertemakan "The Last Moment". Memang program ni budak batch aku yang buat dengan bantuan pensyarah penasihat kami En. Azmi yang sangat tegar melayan kerenah budak2 aku. Thanks juga kepada pensyarah2 yang lain seperti En Aso dan En Zul yang sudi luangkan masa untuk menghadiri program kami. Dekat sini aku post kan beberapa gambar kenangan aku ngan kawan2 di sana. Agak touching gak la program ni coz inilah kemungkinan program terakhir kami dapat berkumpul bersama2. Huhuhuhu.

Ha ni pose sebelum berangkat ni. Yang berdiri tersenyum manis tu
aku le tu. hoho.

Aktiviti di Balok...



Pengakhiran...



Semoga kenangan kita bersama akan kekal selamanya di dalam hati, minda dan buah pinggang kita. Aku begitu terharu kerana mempunyai rakan-rakan seperti kalian. Semoga Allah memberkati kita semua. Insyalllah...

Friday, August 21, 2009

Kekeliruan...

Em aku baru je abs ym ngan sepupu aku bincang pasal perhubungan abg angkat dan adik angkat. Lebih-lebih lagi antara abg angkat lelaki dan adk angkat perempuan. lebih pelik lagi bila abg angkat dan adk angkat satu umur. Cam x logik je gayanya. Tapi tu la ape yang aku hadapan sekarang. Cuma yang aku tak pasti, adakah itu adalah perhubungan abg angkat atau adk angkat. Pasal bagi aku bkn ke jadi kawan tu lebih bagus daripada jadi jadi abg angkat atau adk angkat. Ape yang nk di capai dari perhubungan ini, yang tu aku x tahu. haha (ayat kat balok). Ape hal pon kalau itu benar2 la perhubungan abg dan adik harap2 berkekalan lah.hahaha. Aku x leh cite bnyk2 pe yg aku bincangkan coz nanti leh jadi isu. Jadi share ni just kongsi la pandangan aku tentang abg dan adk berangkat segera ni, tu je. So harap korang2 pon leh pk kan lah pasal ni bile free nanti k. itu pon kalu korang nk. Kalau taknak, sudah!!! heh. Ok salam.

Thursday, August 20, 2009

Permulaan...

Em, aku memang agak suka la gak menulis ni cuma dulu tulis dalam buku dan words je la coz xde lagi mende2 cam blog ni. So sekarang aku dh de blog ni, agak broaden gak la org yang akan baca gaya penulisan aku. Gementar gak ni. hahaha. Mana tahu aku bakal masuk ISA ke coz tulis dalam blog ni. hahahaha.(harap2 x la, mintak di jauhkan). Aku baru wat hari ni, tu pon kawan aku Din kiut yang tolong, kalau x jangan harap la blog aku ni akan wujud hahaha. Thanks bro, jasamau ku kenang. Aku harap dengan adanya blog ni, aku dpat berkongsi pengalaman aku dan buah fikiran dengan orang ramai dan teman2 seuniversiti ngan aku. Semoga blog aku menjadi blog yg paling ramai pengunjung di masa hadapan hahaha. Insyaallah....

Gumbira...

Gembira tol aku coz berjaya jugak aku ade blog sendiri wahahaha, seronok nye. Semoga dengan adanya blog ini aku dapat belajar sesuatu tentang makna sebuah penulisan. huhuhu. Alhamdulillah.