Saturday, January 29, 2011

Sketsa Semalam

Sketsa 1...

Perbualan di kedai Makan... (lebih kurang begini)

Rakan 1: aku ingat aku nak berenti la... tak tahan dengan politik dalam company aku tu...

Rakan 2: comapany ko tu ramai melayu ke? kalau melayu memang cam tu...

Rakan 3: kau memang dah abis pikir ke? dah dapat kerja lain?

Rakan 1: belum lagi tapi aku yakin boleh cari kerja lain...

Rakan 3: aku rasa baik kau stay dulu, sebab macam abang aku cakap, kumpul pengalaman dulu lepas tu kalau nak berenti berenti la...

Rakan 2: betul jugak tu... baik ko pikir betul2...

(perbualan terhenti kurang jelas apa yang di perdebatkan selepas itu)

Sketsa 2...

kelihatan seorang budak perempuan comel sedang makan bersama seorang lelaki... x pasti samada lelaki tu ayah budak tu atau tak, tapi begitu mesra dan penuh kasih sayang sebab lelaki tersebut menyuapkan makanan pada budak yang comel tu.

......................................................................................................................

Macam2 ragam manusia aku dapat lihat dalam satu hari tu, tapi ini yang aku dapat aku kongsi. tak semua orang suka dengan apa yang dia buat sekarang... realiti kehidupan... tapi untuk hidup terpaksa teruskan... tapi ada jugak yang tewas dan mudah membuat keputusan untuk melarikan diri dari masalah... tapi kalau betul pon itu adalah keputusan sendiri dan perlu bertanggung jawab atas apa yang diinginkan.

Budak kecik tu, bertuah kalau tu ayah dia, ada setengah yang lain ibu bapa buang je kat tong sampah, tinggal depan surau, dalam longkang dan lebih teruk lagi buang dalam tong sampah. sampah masyarakat betul orang2 macam ni. patut bakar je orang2 macam nih sebab xde nilai kasihan langsung.

Aku, masih cuba mencari ape yang aku nak, biar la lambat dapat asalkan ianya sempurna..
Doa kan aku...

No comments:

Post a Comment