Wednesday, October 26, 2011

Broga Hill's Semenyih (26/10/2011 - Wednesday)




Akhirnya hari ni 26/10/2011 (Rabu cuti Deepavali) selamat Menyambut Deepavali kepada semua bangsa India diseluruh dunia. Merepek pulak dah aku nih, okeh sambung balik. Aku dengan rasminya telah berjaya menawan Broga HIll's di Semenyih Selangor. Sebelum ni ade gak kawan2 seofis aku ajak g, tetapi kekangan kenderaan aku kuburkan saja hasrat tuh. Tapi tu cite lame, hari ni aku telah berjaya juga menawan bukit tuh hahaha(gelak gembira). Aku ngan rumet ku en. Khushairy and my only friend yg sanggup drive pagi tu en Yamin telh bertolak dari KL ke tempat berkumpul di Shah Alam dalam kol 2.30am. Konpiden sampai SA terus gerak la kan. Actually aktvt ni kawan aku yg keje kat Proton organise kan, dalam 23 orang x silap aku join aktvt sehat nih. Kerena ramai sanagt bebudak Proton so aku kene la behave cam jajaka kacak kan pada masa tu hakz3.

Gerak dari SA ke Broga Hill's bermula sekitar jam 4am. Sampai Semenyih terus lepak Masjid, sembahyang subuh ambil berkat. Lepas siap sembahyang dalam jam 6.15am sampai la ke Broga. Tapi sampai jek, masa tu hari dah mula nk cerah. Terus gagal nak tengok matahari naik. Tapi x pe la, asalkan dapat panjat bukit sudah la kan. Orang yg datang nk naik tu memang ramai, sampai atas bukit tu dalam kol 7.00am  g tu la. Kabus memang menarik bila tengok dari atas bukit tu. Nanti aku post gambar sket untuk tontonan korang. Pakai BB je pon so gambar x la lawa sangat. Nak beli DSLR x mampu kan huhuhu. Emo kejap keh3.

Sampai je atas rupanya ade 4 lagi bukit perlu di daki sebelum sampai puncak. Tapi memang agak mencabar untuk sampai pun cak Broga tu. Tapi kerana aku nih agak hebat kan pada ketika itu maka berjaya misi menawan pun cak Broga hakz3. Cam biasa la sampai atas pelbagai gaya gambar telah berjaya di ambil.

Turun balik dalam kol 9am cam tu. Turun dari bukit tu adalah perkara yang aku paling x minat sebab banyak sangat kene tempuh laluan yg macam 73 darjah hingga 80 darjah. Begitu meng"horror"kan. Bagi aku rasanya naik lebih cepat sampai dari turun kerana keadaan muka bumi untuk turun tu begitu mencabar bagi aku. BUkan pe aku pegi naik pakai kasut Futsal, route yg di gunakan tanah merah  so kalau hujan licin and pagi2 kene embun and kabus so licin la jalan tu tadi. Aku berjaya turun dalam 9.30am. Setengah jam kerana bukan sebab jalan tu je, org yg turun pon menjadi faktor kenapa aku lambat sampai ke daratan.

Ape2 hal pon memang menarik aktvt macam ni. Thanks pada Organizer dan semua yg terlibat menjayakan aktvt nie. Lepas je turun bukit terus pegi sungai Tekala lak untuk meng freshkan balik badan selepas berjuang untuk menaiki dan menuruni Broga.




Gambar 1,2 & 3 pemandangan dari atas bukit...
Ni gambar aku ngah pose untuk dapat background kabus belakang aku tu...

Yang nie pulak aku, (kiri) kucai & (kanan) Yamin. Post atas bukit...



No comments:

Post a Comment