Salam,
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua yg mengenali diri ini. Biasalah aku ni insan yang lemah kadang2 kala ade juga perkara yg tidak elok yg aku lakukan dan melakukan kesalahan kepada semua yg menganali diri aku nih. Harap D maafkan lah.
Tapi bila sebut pasal raya nih, mmg x akan abis la kalau nk cite tentang suasana dan kemeriahannya. Tapi ape yg pasti hari raya ni adalah msa untuk kita satu family berkumpul dan memohon maaf antara satu sama lain. Bukan sebab hari raya je kene mintak maaf cuma hari raya ni kelebihannya kita dapat mintak maaf berdepan so dapat kita melihat samada org tu maafkan kta ikhlas ataupon memain jekkan. Sebab kalau mintak maaf pakai sms ke FB kadang2 tulis je dalan sms dan post tu dah maafkan tapi hakikatnya dendam still ade cuma dah org post dan anta sms takkan nk kata aku x maafkan nanti nampak sangat jahatnya, lebih2 lagi kalau post kat FB, kalau x tulis maaf gak alamant dapat la komen balas on the spot dari kawan2 kata x baik sebab x reti maafkan orang kan. So bg aku bg yg kawan2 dekat2 yg boleh berjumpa masa raya ni mintak la maaf secara berdepan coz mudah2an org yg kita buat dosa tu dapat menerima mohon maaf dari kita sebab kita sanggup datang dan mohon maaf dari dia berdepan lagi kan. Ini menunjukan kita bersungguh untuk mohon maafkan.
Lagi satu, masa raya ni la nk berkunjung dan mengeratkan silaturrahim antara sesama kita kan. Sebab masa raya ni la ramai kawan2, saudara mara ada kat umah. So mudahla nk berjumpa kan. Kalau x dapat pergi pon sekurang2nya kita bagi la alasan ade open house kat umah kawan2 hehe.
Habis bab raya kita masuk bab Merdeka. Nk bg definisi merdeka yg betul aku pun x berani nk ketengahkan. Sebab ade yg kata Merdeka ni bebas dari belenggu penjajahan. Penjajahn di sini di ertikan sebagai bebas dari pihak yg membelenggu seseorang itu Contohnya Malaysia bebas dari pemerintahan British. So itu dikatakan Merdeka. Ade satu lagi tafsiran mengatakan bebas dari segala keburukan dan banyak ke arah kebaikan. Maksudnya bebas dari hal2 yg menyesakan otak kepada hal2 yg menyenangkan. Contoh lain ialah x ikut perkara2 negative yg di buat oleh bangsa penjajah.Tapi bagi aku lak Maksud Merdeka bagi aku, bebas dari segala bentuk penjajahan yg membawa ke arah keburukan, contohnya penjajahan minda yg di lakukan oleh penjajah2 barat seperti gejala sosial, Judi, arak , perlembgaan barat dan sebagainya.
Cerita terbaru, Heboh diperkatakan oleh akhbar2 dan media massa arus perdana bahwa ade pemimpin pihak pembangkan ade menyatakan bahawa tragedi bukit Kepong tu, hero dia ialah si Komunis yang bernama " Muhammad Indera" dan Bukannya "Sgt. Jamil Mohd Shah" polis malaya ketika itu, Sumber ni dari media massa yg aku dengar dan baca la. Peristiwa ni berlaku pada 23 Feberuari 1950 bermaksud ketika Malaysia Belum Merdeka lagi. Malaysia Merdeka pada 31 Ogos 1957. Bercanggah fakta pemimpin ni dengan fakta sejarah yang menyatakan hero bukit kepong adalah mereka yg mempertahan balai polis tu. Aku mula2 pon agak x percaya ape yg cuba disampaikan oleh pemimpin pembangkang ni. Dia ni cakap macam ni nk raih undi apekah. So aku pon search dalam wkipedia dan aku dapat maklumat macam ni "Bukit Kepong Incident was an armed encounter which took place on February 23, 1950 between the police and the MalayanCommunists in pre-independence Malaya. This conflict took place in an area surrounding the Bukit Kepong police station in Bukit Kepong. The wooden station was located on the river banks of the Muar River, about 59 km from Muar town, Johor". Satu lagi maklumumat yg aku dapat ialah "Almost a year after Independence Day, on July 24, 1958, the King of Malaysia, Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhamad, bestowed the title Royal to the Malayan Federations Police Force. In 1963, the Royal Federation of Malayan Police (RFMP), the North Borneo Armed Constabulary and the Sarawak Constabulary were merged to form the Royal Malaysia Police. The Singapore Police Force became a component unit of the RMP until Singapore's independence in 1965. Kalau salah la maklumat ni aku mintak maf sebab ni wiki yg tulis aku just phaste kat blog aku jek.
Konklusi yg aku dapat buat nape pemimpim pembangkang yu cakap cam tu kerana:
1) Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya diiktiraf sebagai polis yg menjaga keamanan Malaysia adalah pada 24
July 1958 dan bukan pada 1950 masa berlakunya kejadian Bukit Kepong itu. Disini dapat disimpulkan bahawa,
ketika tahun itu maksudnya sebelum Merdeka la, sesiapa sahaja yg bersekongkol dengan British bolehla kita
katakan dia sebagai tali barut Inggeris kerana dia bekerja untuk Queen Elizebeth di England tu dan bukannya
untuk Malaysia ia itu kepda DYMM Yang Dipertuan Agong.Dalam hal ini bolehlah kita katakan Polis yg
mempertahan kan Bukit Kepong itu adalah pekerja yg bekerja dengan Ingeris jadi secara otomatik bekerja untuk Queen Elizebeth. Ini ape yg aku paham ape yg cuba disampai kan Oleh pemimpin itu. So Komunis tu lak pada ketika itu Cuba melumpuhkan kekuatan Inggeris di situ dan bukan berniat untuk membunuh Polis2 d ctu. Cuma Polis kat situ sudah di tugaskan untuk menjaga balai tersebut maka mereka perlu mempertahankannya. Ini ape yang aku fahami, aku punya pandangan peribadi. Harap tiada yg terasa aku tidak maksudkan ape2 cuma memberi pandangan dari pihak aku sendiri.
2) Tok Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut, Rentap dan beberapa pejuang Negara kita yg menentang Inggeris semuanya berlaku pada zaman sebelum Merdeka. Adakah kita perlu katakan mereka ni pembelot sebab menetang Ingeris, rasanya tidak sebab mereka berjuang untuk mendapatkan kembali Malaysia ni. So pemimpin tu gambarkan si komunis tu sama taraf dengan pejuang2 yg disebutkan tadi kerana dia menentang Inggeris ketika sebelum Merdeka.maksudnya dia serang balai tu sebab dia berjuang untuk membebas kan Malaysia dari cengkaman Ingeris dan menjadikan negara ini negara Komunis.
Itu adalah dua pandangan peribadi aku dan tidak cube menegakkan sesuatu ataiu mempertahankan sesuatu cuam ingin memberi pandangan tentang isu ini. Ape2 pon aku bersyukur sebab Malaysi adalah negara yg aman dan makmur wlaaupon pemimpin parti bertelagah mereka tidak pernah ingin lancarkan perang saudara. Ini menunjukkan kita hampir sampai ke minda kelas pertama kalau pemimpin kita dapat kekal kan momentum ini.
Sekali lagi mohon maaf kalau ade tersalah fakta atau ape je dalam penulisan aku kali ini. Salam...
No comments:
Post a Comment