Thursday, October 7, 2010

2nd Phase of My Practical.

As-Salam,

Pejam celik pejam celik dah dekat 3 bulan lebih aku berpraktikal. Bnyk mende dah aku belajar kat sini walaupon dalam masa 3 bulan. Macam2 benda dah aku buat. Kalau terbuat salah tu biasa la kan, aku kan budak baru belajar hehehe. Mistakes make perfect right. Itu la moto aku untuk sedap kan hati aku nih bile buat silap.

So memandang aku dah x de bende nak kongsi, setakat ni jelah aku menulis hal aku nih...

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin


Salam,

Selamat Hari Raya kepada semua yang sudi membaca blog aku yang tak seberapa ni maaf zahir dan batin kalau2 ade tersalah fakta atau ape2 je yang boleh menimbulkan provokasi harap dimaafkan. Kepada kawan2 dalam dan luar negara mohon ampun dan maaf sekiranya ade terkasar bahasa tersilap kata atau ape yang je yang ter2 dan boleh menimbulkan ketidakpuasan hati. Kepada keluarga ku Mohon ampun dan maaf semoga halalkan makan minum anakmu ini. Semoga Hari Raya kali ini memberi seribu rahmat kepada kita semua InsyaALLAH...

Wednesday, August 18, 2010

My Blog's New Look

Salam...

Perubahan yang menunjukkan aku dah mula menulis semula dalam blog nih. Sebelum nih, blog aku nih, aku dah tak berapa layan sangat sebab sibuk sangat dengan hal2 dunia. hahaha.

Ape2 pon aku harap semua yang melihat blog nih selesa la dengan design baru aku nih...

Sunday, August 15, 2010

MY GEMS Memori...

Salam...

Hurm... dah dekat 2 bulan aku keluar dari latihan soft skills di GEMS KIPO4 di KIPSAS Kuantan Pahang. Banyak perkara yang telah aku belajar kat sana. Suka duka, gembira dan kecewa semua ade. Satu pengalaman baru bagi aku. Aku bersyukur sebab aku di beri peluang oleh ALLAH untuk masuk dalam GEMS di situ. Aku dapat ramai kawan baru, ilmu baru dan juga lecturer baru kat c tu. Memang sangat menerujakan aku.

Aku cukup seronok kat GEMS ni sebab ramai org yang baik2 kat sini. Walaupun berlainan university tapi semuanya x kisah tentang latar belakang ijazah masing2, yang penting ialah mendapat kan ilmu dan kawan. I love all of u guys...

Dekat GEMS ni aku adalah salah seorang ketua kumpulan. Tapi kat sini dia x pakai kumpulan tapi pakai nama company. So nama company yang aku dan rakan2 aku tubuhkan ialah Synergy Globe Consultant. Sebuah syarikat consultant la kiranya. Ade 8 company atau kumpulan dalam GEMS ni dan kami kene compete dengan kumpulan atau company2 yg lain. But the end team yang menang ialah company 7 Advance synergy advertising (ASA). Tapi ape yang aku nak highlight kat sini, boleh di katakan semua company ni begitu akrab dengan ahli dalam kmpulan masing2. Ini perkara yang paling menarik kat GEMS ni keakraban setiap ahli kumpulan tu.

Lebih jelas lagi dalam company aku sendiri, begitu rapat dan saling bantu-membantu antara satu sama lain. walaupun company aku kalah semuanya x kisah pasal benda tu, yg penting kat sini adalah ikatan persahabatan yang dah terjalin tu begitu kuat. Segalanya yang melibatkan company kami semua bersatu. Terharu sungguh aku bila terkenangkan balik saat2 di GEMS tu. Malah kalau ada antara ahli yang bermasalah, ramai yang sudi untuk membantu selesai kan masalah tu bersama-sama. Aku x pernah rasa begitu rapat dengan sebuah kumpulan macam ni seumur hidup aku. Begitu rapat dan begitu supportive. Aku x pernah dengar team aku complaining pasal cara aku lead diorang, malah kalau aku ade wat kesalahan diorang sudi bagi aku peluang untuk betulkan. Kerana kebaikan team mates company aku ni la, aku berjaya mendapat anugerah The Best Ceo (ketua terbaik) kat c tu. Walaupun hakikatnya aku x layak untuk mendapat anugerah tu sebab ada 7 lagi ketua kump. yang terbaik dalam GEMS tu, but kerana ahli company aku banyak support dan memahami aku dapat lead team aku tanpa masalah dalaman yang besar dengan jayanya. Terima kasih banyak2 SGC members... Korang memang yang terbaik dan suportive. Tanpa kerjasama korang aku x kan dapat anugerah tu.

Api, Yamin, Kuchai, Heikal, Zul, Fakrur - Ahli lelaki yang terdapat dalam company aku. campur aku kira ade 7 org la. Ahli lelaki yang sempoi2 semuanya. Perempuan lak ramai, aku rasa ramai dah laki2 yg pupus dalam program2 cam ni. Mayb diorang x minat nk joint hehe. so group perempuan comapany aku lak yang begitu berbesar hati menyayangi kami laki2 yang tinggal dalam SGC ni lak ialah: Mila, Nora, Ain, Aisyah, Jijah, Ecah, Amoi(hassida), Ida (Mek), Yan, Syuhada, Ada, Lini, Asmah karim, Dani, Anum, Juhaidah, Sharifah, Mona, Hani, St Nur Hasmah, Zunaidah, Rosniti, Rafidah, Fiza, Elyza dan Fathiyyah. You All memang best!!!

For all SGC's Members, Hope our moments together can lasting forever. Thanks for ur support during GEMS and May God Bless all of U. To all GEMS KIPO4 thanks coz make me popular there and Hope ALL of u especially my SGC and All KIPO4 team including Secretariat, En Yahaya, Ms Fairus and Mr Faizul, Hope ALLAH give more gratitude to all of you. For KIPO4 again hope all of you will get better job soon...

Sunday, April 18, 2010

MyGems

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

Hari ni hari first aku daftar jadi ahli atau trainer kat program MyGems. Gems bermaksud Graduate Employability Management Scheme. Kursus ni aku masuk untuk menaik tarafkan pengetahuan aku tentang dunia sebenar sebuah pekerjaan. Sebab sebenar aku masuk sini untuk isi masa lapang aku, ye la dah dekat 4 bulan dah nganggur jek mana bleh tahan, mak abah aku pon dah ngobrol lebih2 jek pasal aku nih asyik bersenang lenang jek duk kat umah padahal belajar tingi melangit. Tapi betul la kan. Dah belajar untuk jadi senang lenang so x payah la keje tol x hahaha. Kalau mak abah aku dengar nih moh dia peluku kepala aku 2,3 das hahaha. Ape2 pon program nih ade bagi elaun Rm 750 masa belajar dalam kelas selama 2 bulan setenagah dan RM 1000 masa praktikal nanti. Pada penegtahuan aku masa praktikal nanti dia akan tempatkan kat syarikat GLC, syarikat bawah kerajaan la cam TNB semua tuh. Kira dia kata akan bagi yg bidang sama cam kita belajar la kalau dapat tempat. Tapi pe2 pon aku baru first day kat sini dan x bnyk info nak kongsi. Aku harap menarik la aktiviti kat sini, insyaALLAH.... Kawan2 doakan kejayaan aku k. hehehe. Kalau ade dari korang nak joint or nak tahu maklumat lebih lanjut pasal MyGems ni leh la layan kat laman web nih: MyGems

Friday, April 9, 2010

Kecewa Dengan Masalah Transkrip Exam & S.Portal lagi...

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani

Kecawa tol aku ngan pengurusan tempat aku belajar nih. Dah la aku nye students portal x leh bukak atas alasan aku x bayar bil yuran pengajian yg aku x tahu asal mana yuran tuh. lepas tu akunye traskrip exam silap markah (nasib dia bela balik lepas aku call itu pon puas beta dengan org HEA baru dia nak ubah keputusan tu, dia ingat aku tipu agaknya kata markah keputusan itu silap). Tapi portal aku tue dah 2 bulan aku soh dia ubah x ubah2 gak. Siap g tau aku masa aku call tu kata orang yg bertanggung jawab tue x datang kerja. 2 orang pekerja yg jaga bahagian tue x de kata org HEA tu masa aku call. Masa jawab tue org perempuan yg jawab selepas tue lepas yg perempuan tue x reti nak jawab dah dia bagi lak kat orang laki tue. Orang laki tue lak boleh lak dia akses portal aku. Pelik tadi perempuan tue kata dia x leh nk tolong sebab dia x leh nk akses portal aku sebab pekerja bertanggung jawab x datang tetiba laki yg dia bg nih boleh lak akses. cam dia nak kencing aku jek. X pe la setakat tue. Aku mintak dia buka balik portal aku sebab senang aku nak akses transkrip aku dia tetap x bagi kebenaran. Padahal aku dah bagi tau problems nih 2 bulan lalu dah kat hea n KP aku n KP aku pon dah anta suran soh wat pembetulan kat HEA pda pihak berkenaan tapi masih x ubah jugak. X paham aku, diorang ni mmg x leh tolong aku atau x nk buat keja sebenrnya.

Tapi x pe. Aku rasa orang yg terlibat dengan masalah nie mungkin anggap masalh aku ni kecik jek. Dia lupa transkrip tu aku nak guna untuk mintak keje bukan nak wat lap lantai. Masa depan aku ada pada transkrip tue.Aku pegi fact nak mntk tlg print transkrip orang pejabat fact aku kata server down so x leh nak print. Lepas tu aku dapat berita 2 minggu server tu down. Rasa macam x logik je. Aku anggap ini dugaan aku, tapi pada pihak yg berkenaan kalau dia rasa dia ni orang Islam dan memang suka bantu sesama Islam dan juga melayu aku harap diorang sedarlah. Hari ni kita wat memain kat orang ingat lah sekali tuhan balas balik nanti takut x tertahan nak terima.

Ape2 pon nape aku x letak nama U aku kat sini pasal aku masih hormat U aku nih. pada yg tahu dan yang penah kene macam aku sama2 la kita doakan agar pengurusan U ni bertambah baik dan pekerja2 dia bekerja dengan lebih bertanggungjawab. Pada yg x thu anggap lah ni hanya sebuah luahan rasa hati aku jek.

Salam...


Monday, March 15, 2010

MTEST (Malaysian Teacher Selection Test)...

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

13 hb hari tu aku dengan rasa konpiden nye pegi abk test nak jadi cikgu.
Konon nya dah bersedia la nak menghadapi cabaran test nih. Aku abik test nih kat IPGTAA (Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan) dekat Kuala Lipis Pahang. Test ni di buat kat dewan besar institut tu. Aku ingat sikit jek orang yg datang, sekali sampai c tu, masuk je dewan tue terkesima aku jap tengok orang ynag berada dalam dewan tue. Ramai sungguh makhluk yang bernama manusia kat situ. Bayang kan la dewan tu sebesar dewan Sri Budiman kat UiTM tuh. Aku agak ade gak la dalam 500-600 orang dalam tu. Tafsiran rambang aku la. Aku tengok bunga je bnyak dalam tuh. Lebah2 leh kire ngan jari. Tapi kurang2 lebah pon dalam 50 - 60 orang gak la. Masuk dewan aku duduk kat satu meja tuh. Kiri kanan aku perempuan. Dah rasa cam jejaka idaman je dikelilingi oleh gadis2 comel g tu. hahaha. Tapi itu bukanlah sebab utama aku nak membebel nih.

Aku nak cite pasal kertas ujian tu. Seumur hidup aku, aku x penah abik ujian pelik cam tu. Ade 5 kertas aku kene jawab. 1) Insak- pasal sahsiah diri 2)Mate-pakai mate sekolah menengah 3) BI-Agak mudah sket kertas nih 4) Analitikal-Tafsiran tepat dan lastly Verbal@BM- bm yg x penah aku jawab sangat seumur hidup aku pelik sangat.

Semua solan dalam tu tricky gile. Aku hampir tidak mampu untuk jawab semua solan tuh. Aku rasa orang yg pk nak wat soalan tu pon pening pk nk wat soalan jenis g tu. Berbelit cam sembelit. Aku negok semua budak2 dalam tu muka konpiden je jawab. Keadaan itu menambah kan lagi la nervous aku masa tue. Penjaga tu lak dah sound awal2 kat depan tue, sape yg x dapat jawab penuh lebih2 soalan Insak tue memang akan beri effect pada kertas2 len. Betul ke x pe dia cakap tu, yang tue aku x tahu. hehhehe.

Pe2 pon aku dah abis abk ujian tu and just berharap lulus and dapat la masuk g temuduga and lepas tu masuk belajar balik. Itu harapan aku la. Dapat Alhamdulillah. Gagal kene usaha lagi la lepas ni. hehehe.

Pe2 pon, rakan2 yg baca karangan BM aku nih doa2 la kebahagiaan aku k. Semoga Allah balas jasa baik kalian mendoakan aku. Amin...

Wednesday, March 3, 2010

Masalah sosial

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

Aku x paham tol dengan keadaan rakyat di negara kita sekarang nih. Lebih-lebih lagi orang Melayu yang beragama Islam. Aku rasa ramai orang Melayu ni mengaku je Islam tapi dia x paham pon Islam itu pe. Aku rasa la. Contoh kes buang bayi, penderaan kanak2 bakar surau semua tu kebanyakkan orang Melayu yang beragama Islam. Aku bukan nak salah kan orang Melayu cuma agak kecewa kerana orang Melayu sendiri tak nak ubah paradigma lebih2 lagi hal tentang ke agamaan nih dan lebih2 lagi hal yang berkaitan akidah nih. Aku sedih tol dengar cite pasal bayi kene bakar la, kene buang la dan macam2 lagi.

Baru2 nih kita dikejutkan dengan kisah Adik Syafia Humairah Sahari 3 tahun yang telah di dera sehingga mati oleh kekasih emaknya sendiri (seperti yang diberitakan dalam akhbar). Kesian betul aku ngan budak tu bila ade berita mengatakan yang budak tu penah di cap dengan bola oleh lelaki durjana tuh. Lepas tu ibunya diberitakan juga bersekedudukan dengan kekasihnya itu. Tak paham aku, aku tengok emak dia pakai tudung mean dia orang yang beragama tapi nape mak dia leh jadi g tu lak. Aku rasa bumi ni mungkin dah nak kiamat rasanya. Sebab kes2 macam ni dah jadi macam kes main2 je. Boleh di katakan hari2 ada kes buang bayi dera budak, rogol budak malah ada berita yang melapor seorang wanita sanggup bersekongkol dengan balakdia x silap aku untuk bunuh anak dia sendiri. X paham aku anak dia sendiri nak bunuh. Dah tahu x suke budak tu hantar la ke rumah kebajikan masyarakat. Ni sanggup membunuh.

Aku rasa masalah bagi orang Melayu Islam untuk kurangkan kes2 macam ni ialah laksanakan hukum hudud. Hukum yang di buat Oleh ALLAH sendiri. Kalau pakai undang2 manusia nih aku rasa dah macam x jalan dah. Sebab makin menjadi2 jahatnya walaupon dah banyak kene tangkap. Aku harap kalau ade orang baca ape yang aku tulis nih korang pon setuju kalau hukum hudud ini dilaksanakan. Semoga ALLAH memberi hidayah kepada mereka yang zalim2 ini untuk bertaubat. Amin...

Thursday, February 25, 2010

Tidak bertajuk...

Mencoret sesuatu yg tidak pasti. Pe dia, yg tu aku tengah kaji nih....

Thursday, February 18, 2010

Masalah Student Portal...

Dengan nama ALLAH ynag maha pemurah lagi maha mengasihani...

Tak tahu silap di mana pasal Student Portal aku nih. Aku kene gugur taraf lak pasal x bayar yuran untuk semestar 7, padahal aku dah abis belajar pon. Aku di cop x bayar pasal salah satu subjek aku masuk dalam part 7 nye pendaftaran. Nasib baik aku cek hari tu kalau x aku mesti x tahu pasal hal nih punya. Aku call KP aku dan KP aku soh tanya HEA, aku pon call la HEA. Lepas selesai kat HEA aku di suruh inform balik kat KP aku untuk wat ammend. Nasib baik KP aku sporting. Dia kata dia akn uruskan hal nih. Thanks my KP. Harap2 cepat la settle mende2 nih semua. Serabut aku dengan masalah macam nih. Aku rasa x sedap hati je bile mende berkaitan ni semua x settle lagi. Aku just nak aku dapat konvo dengan aman damai InsyaALLAh dalam bulan 5 nih. So kawan2 doa kan masalah aku ni settle ok. hehehe.

Monday, February 8, 2010

Apa itu kerja...

Konpius aku huhuhu....

Friday, January 15, 2010

Hari Terakhir Praktikal Di PPAP


PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

Wahahahaha, akhirnya tamat sudah perkhidmatan aku sebagai budak praktikal di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) nih. Syahdu lak nak tinggalkan tempat nih, walaupon 2 bulan je aku lepak kat sini tapi banyak bende aku belajar kat sini. Kira bnyk la bende2 aku belajar dulu aku gunakan kat sini sebagai panduan aku. hehehe. Kepada semua warga kerja PPAP TERIMA KASIH BANYAK2 saya ucapkan kerana sudi memberi peluang belajar di tempat kalian. Semoga ALLAH membalas jasa baik kalian semua. Kalau ade silap salah haraplah dimaafkan. Sayakan budak baru belajar. huhuhuhu. Ape2 pon aku seronok praktikal kat sini sebab tempat dia yang begitu sempoi dan menarik (bagi pandangan aku la, korang aku x tahu) heh. Kepada kawan2 aku yang berpraktikal sekali ngan aku Mal, Ija, Ayie, Zaini (UDM), Afiq(UDM), Mimi thanks sebab sanggup berkawan ngan aku. Untuk Afiq,Zaini dan Mimi praktikal rajin2.hehehe.

Saturday, January 9, 2010

Imaginasi...

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

Hari nih hidup aku penuh ngan imaginasi yg pelik2. Harap2 imaginasi nih dapat bawa aku ke suatu ilusi yg menarik. Ilusi ape? entahlah....

Thursday, January 7, 2010

Nak Cari kerja- Nak Cari Kerja

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

Huh kehidupan aku di rasakan semakin sukar. Sebabnya abis praktikal dah kene cari kerja lak. Masalahnya sekarang nih, nak cari kerja kat mana huhuhu. Kan bagus kalau abis je blaja orang dah bagi kerja kat kite x yah cari2 lagi hehehe. Abis2 jeh dah dapat jadi menteri besar hahahaha x perlu tunggu ngundi pon heh. berangan lak aku nih. Ape2 pon kawan2 di luar sana doakan aku semoga aku dapat kerja secepat mungkin dan kalau korang2 semua ada lobang2 kerja jangan lupe adjust tuk aku skali hehehe. (kalau boleh la).

Monday, January 4, 2010

Menghitung hari...

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

Peh tajuk atas dah cam tajuk lagu Krisdayanti jek dah gayanya. Hahaha. Aku menghitung hari untuk tamatkan praktikal aku kat PPAP kat Kuantan nih. Aku bukan x suke praktikal kat c ni cuma aku rasa cam dah rindu sangat kat umah mak abah aku tu hahaha. Bukan homesick k, cuma aku ingin menenangkan pemikiran aku yg kusut-masai nih. Aku nak buat perancangan baru untuk hidup aku lepas aku tamat praktikal nih. Huh dah cam nak wat planning buka syarikat je gayanya. Haha. Ok la aku stop kat cni membebel pasal aku dah nak abis opis hour nih. Salam...