Alhamdulillah berkesempatan gak nk up dated blog aku neh.huhuhu. Em pagi semalam kat U aku ada wat wancana ilmu dengan sasterawan negara Datuk (Dr) A.Samad Said yang diadakan di Perpustakaan Kesayangan kami. Nama perpustakaan tu perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR). Sungguh menarik betul aku mendengar kata2 ilmiah sasterawan negara tu. Memandangkan tajuk wacana tu kegersangan minat membaca mahasiswa so ade kaitan gak la ngan minat membaca buku kan. Pak Samad memulakan ucapannya dengan kisah hidup dia masa dis sekolah. Dari ape yang aku paham dari keterangan yang dia buat tu, dia ni masa kecil dulu seorang budak yang gagap. Minat membaca yang dia warisi sehingga sekarang tu bertitik tolak dari asuhan ibunya yang suka membacakan buku pada dia masa dia kecik dulu. Antara buku2 ibunya yang memberi kesan kepada dia sehingga kini dan menyebabkan minat membaca dia semakin menjadi2 ialah buku "batu belah batu bertangkup dan kisah bangau oh bangau". Bermula dari sini la dia memupuk minat membaca dlam diri dia. Dia juga kata masa sekolah dulu dia telah mendapat anugerah pelajar yang telah berjaya menghabiskan ke semua buku dalam khutub khanah (Perpustakaan) disekolah dia dulu di singapura. Pasal hal ni aku respek kat dia memang hebat. Satu perpustakaan tu dia khatamkan. Satu yang agak mustahil untuk orang lain lakukan termasuk la aku. Rekod aku masa sekolah dulu pon paling banyk 100 buah x silap aku. Masa tu aku dlam tingkatan 2. Buku yang banyak aku pinjam masa tu novel remaja dan buku2 sejarah. Pak Samad kata dia memula berminat untuk telaah buku2 bahasa ingeris ini masa dia di Victoria Institution sehingga memperolehi Sijil Senior Cambridge (1956). Masa tu dia menelaah sebuah karya dari negeri cina yang ditulis oleh seorang penulis cina yang dia amat kagumi. Nama penulis tu lupe lak aku. Dia kata dia dia menyelami kisah hidup negara cina dengan hanya membaca karya2 dari pemulis cina tersebut. Masa tu dia kata penulis cina tu pernah datang buat syarahan di Victoria institution. Dari situ la dia berjinak2 membaca buku karya penulis tersebut yang kesemuanya dalam bahasa inggeris. Dia pon mengakui ketika itu bahasa inggeris dia pon x berapa hebat juga. Jadi dia terpaksa bekerja keras untuk memahami dan mendalami bahsa inggeria agar dia dapat memahami karya tersebut. Aku dngar dia kata macam ni sekali lagi aku resek Pak Samad ni, memang dia "devoted" diri dia hanya untuk membaca. Dia ada membuat kenyataan di mana "kalau saya tak makan, saya membaca, kalau saya tidak tidur saya membaca dan kalau saya tidak keluar, saya membaca". Huih dengar dia kata cam tu memang dah sah Pak Samad memang seorang yang sangat suka membaca, kira tahap gile la ni.hehe. Dia pon ade gak membei info2 baru pada aku la, macam dia sentuh bab "fakta dan fakti". Fakta dia memberi maksud sesuatu yang luhur atau bahasa mudah sesuatu yang benar manakala fakti pula bermaksud sesuatu yang tidak benar atau terpesong dari maksud awal. Contoh yang dia bagi masa tu pon agak menarik jugak. Dia bagi contoh tetang demonstrasi GMP (Gerakan Mansuhkan PPSMI) yang dia anjurkan tahun lepas x silap aku. Dia beritahu dalam akhbar arus perdana memberitakan yang demonstrasi itu dihadiri seramai 5000 orang sahaja tetapi kenyataannya lebih 50000 ribu yang hadir memberi sokongan. Jadi Pak Samad kata ini satu contoh fakti yang dia katakan tu. Em, sebelum dia tutup ucapan dia semalam dia ada bagi kata orang bijak pandai "Kehidupan yang tidak diselongkar bukan lah sebuah kehidupan". Huah memang mendalam maksud yang neh.hehe. Ape2 pon Pak Samad memang pejuang satera yang unggul bagi aku.
wah... pnjg nye... cm nk jwb xzam je... hak3
ReplyDeleteperjalanan Dr A.Samad said cukup saya kagumi...corak ia berfikir dan menulis hinggakan terhasil novel-novel yang bertaraf dunia. apa yang saya kagum Dr A.samad Said kerana kerajiannya mengembara menghayati pengalaman yang baru yang banyak menikat hatinya tentang kehidupan yang penuh cabaran,hinggakan ia menganggap dirinya hanya manusia cintakan seni dan berkarya. ...saya berbangga dengan Dr A.Samad said hinggakan menjadi paduan saya dalam dunia penulisan sejak tingkatan 3...novelnya yang saya kagum adalah novelnya bertajuk: 'Salina'di mana penampilan novel ini mempunyai klasik tersendiri kualiti yang cukup berpaksikan sosial budaya dan kritis berkaitan kehidupan seorang wanita bernama 'Salina'.......kepenatan ia berjalan sentiasa ilham dalam akal dan hatinya......
ReplyDelete