Thursday, October 22, 2009

Pergi tak kembali...

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Pada tanggal 19 oktober 2009, pada jam lebih kurang 11.30, aku dan teman-teman serumahku telah menerima berita yang mengejutkan. Aku dan kawanku mendapat berita, bahawa rakan serumah ku, Hairuldin bin ismail telah kehilangan insan tersayang beliau iaitu ayahandanya yang dikasihi. Din dengan nada yang terketar-ketar memberitahu perihal berita tersebut. Kesedihan dari seorang anak tidak dapat di tahan lagi, dengan tidak semena-mena manik-manik airmata muncul di kelopak matanya menandakan bahawa betapa kasih dan sayangnya seorang anak kepada bapanya. Airmata yang sebelum ini ampuh di tahan akhirnya muncul membasahi pipi. Situasi seperti itu telah membuatkan aku dan kawan-kawan ku kaget sebentar. Begitu besar dugaan yang di hadapi oleh rakan ku ini. Di saat dia bakal melabuhkan tirainya sebagai seorang mahasiswa dan bakal memegang ijazah, tatkala itulah dia kehilangan orang yang paling dia sayangi. Tidak sempat seorang ayah melihat kejayaan seorang anak yang telah dia besarkan sejak dari umur 1 hari lagi memegang ijazah berdiri megah diatas pentas sambil tersenyum puas kerana berjaya mengharungi hidup sebagai seorang mahasiswa yang berjaya. Maafkan kami din, kami hanya mampu memberi kata-kata semangat agar engkau tabah dan dapat menerima kenyataan apa yang sudah tersurat. Sebenarnya kami turut merasa kesedihan tersebut, tetapi mungkin berlainan dari apa yang kau rasa. Kami berharap engkau tabah mengharungi hidup ini. Ada orang berkata, menulis begitu senang dari melakukannya. Betul, tapi sekirnya penulisan itu dapat mengubah seseorang, maka itulah nilai sebenranya sesebuah penulisan itu. Ada juga yang berkata, orang yang tak merasai ape yang terjadi kepada mangsa tidak tahu betapa sakitnya sesuatu yang berlaku itu, benar, tapi orang yang tidak merasai itu perlu memberi sokongan agar kesedihan yang diaalami mangsa itu dapat dikurang kan. Oleh itu aku harap dapat lah kita renungkan bersama ayat terkhir dari surah al-Baqarah ini sebagai panduan agar kita tidak menyalahkan takdir dikemudian hari. Aku nasihat diri aku dan rakan-rakan agar kita sentiasa renungkan ayat ini untuk jadi pendinding agar kita patuh pada ajaran ALLAH, Insyaalah...


286. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (surah al-Baqarah ayat 286)

Renung-renungkanlah dan selamat beramal.

Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada ayah din agar rohnya ditempatkan di kelompok orang-orang yang soleh.

Allahualam...

2 comments: