Sunday, April 18, 2010

MyGems

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

Hari ni hari first aku daftar jadi ahli atau trainer kat program MyGems. Gems bermaksud Graduate Employability Management Scheme. Kursus ni aku masuk untuk menaik tarafkan pengetahuan aku tentang dunia sebenar sebuah pekerjaan. Sebab sebenar aku masuk sini untuk isi masa lapang aku, ye la dah dekat 4 bulan dah nganggur jek mana bleh tahan, mak abah aku pon dah ngobrol lebih2 jek pasal aku nih asyik bersenang lenang jek duk kat umah padahal belajar tingi melangit. Tapi betul la kan. Dah belajar untuk jadi senang lenang so x payah la keje tol x hahaha. Kalau mak abah aku dengar nih moh dia peluku kepala aku 2,3 das hahaha. Ape2 pon program nih ade bagi elaun Rm 750 masa belajar dalam kelas selama 2 bulan setenagah dan RM 1000 masa praktikal nanti. Pada penegtahuan aku masa praktikal nanti dia akan tempatkan kat syarikat GLC, syarikat bawah kerajaan la cam TNB semua tuh. Kira dia kata akan bagi yg bidang sama cam kita belajar la kalau dapat tempat. Tapi pe2 pon aku baru first day kat sini dan x bnyk info nak kongsi. Aku harap menarik la aktiviti kat sini, insyaALLAH.... Kawan2 doakan kejayaan aku k. hehehe. Kalau ade dari korang nak joint or nak tahu maklumat lebih lanjut pasal MyGems ni leh la layan kat laman web nih: MyGems

Friday, April 9, 2010

Kecewa Dengan Masalah Transkrip Exam & S.Portal lagi...

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani

Kecawa tol aku ngan pengurusan tempat aku belajar nih. Dah la aku nye students portal x leh bukak atas alasan aku x bayar bil yuran pengajian yg aku x tahu asal mana yuran tuh. lepas tu akunye traskrip exam silap markah (nasib dia bela balik lepas aku call itu pon puas beta dengan org HEA baru dia nak ubah keputusan tu, dia ingat aku tipu agaknya kata markah keputusan itu silap). Tapi portal aku tue dah 2 bulan aku soh dia ubah x ubah2 gak. Siap g tau aku masa aku call tu kata orang yg bertanggung jawab tue x datang kerja. 2 orang pekerja yg jaga bahagian tue x de kata org HEA tu masa aku call. Masa jawab tue org perempuan yg jawab selepas tue lepas yg perempuan tue x reti nak jawab dah dia bagi lak kat orang laki tue. Orang laki tue lak boleh lak dia akses portal aku. Pelik tadi perempuan tue kata dia x leh nk tolong sebab dia x leh nk akses portal aku sebab pekerja bertanggung jawab x datang tetiba laki yg dia bg nih boleh lak akses. cam dia nak kencing aku jek. X pe la setakat tue. Aku mintak dia buka balik portal aku sebab senang aku nak akses transkrip aku dia tetap x bagi kebenaran. Padahal aku dah bagi tau problems nih 2 bulan lalu dah kat hea n KP aku n KP aku pon dah anta suran soh wat pembetulan kat HEA pda pihak berkenaan tapi masih x ubah jugak. X paham aku, diorang ni mmg x leh tolong aku atau x nk buat keja sebenrnya.

Tapi x pe. Aku rasa orang yg terlibat dengan masalah nie mungkin anggap masalh aku ni kecik jek. Dia lupa transkrip tu aku nak guna untuk mintak keje bukan nak wat lap lantai. Masa depan aku ada pada transkrip tue.Aku pegi fact nak mntk tlg print transkrip orang pejabat fact aku kata server down so x leh nak print. Lepas tu aku dapat berita 2 minggu server tu down. Rasa macam x logik je. Aku anggap ini dugaan aku, tapi pada pihak yg berkenaan kalau dia rasa dia ni orang Islam dan memang suka bantu sesama Islam dan juga melayu aku harap diorang sedarlah. Hari ni kita wat memain kat orang ingat lah sekali tuhan balas balik nanti takut x tertahan nak terima.

Ape2 pon nape aku x letak nama U aku kat sini pasal aku masih hormat U aku nih. pada yg tahu dan yang penah kene macam aku sama2 la kita doakan agar pengurusan U ni bertambah baik dan pekerja2 dia bekerja dengan lebih bertanggungjawab. Pada yg x thu anggap lah ni hanya sebuah luahan rasa hati aku jek.

Salam...


Monday, March 15, 2010

MTEST (Malaysian Teacher Selection Test)...

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

13 hb hari tu aku dengan rasa konpiden nye pegi abk test nak jadi cikgu.
Konon nya dah bersedia la nak menghadapi cabaran test nih. Aku abik test nih kat IPGTAA (Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan) dekat Kuala Lipis Pahang. Test ni di buat kat dewan besar institut tu. Aku ingat sikit jek orang yg datang, sekali sampai c tu, masuk je dewan tue terkesima aku jap tengok orang ynag berada dalam dewan tue. Ramai sungguh makhluk yang bernama manusia kat situ. Bayang kan la dewan tu sebesar dewan Sri Budiman kat UiTM tuh. Aku agak ade gak la dalam 500-600 orang dalam tu. Tafsiran rambang aku la. Aku tengok bunga je bnyak dalam tuh. Lebah2 leh kire ngan jari. Tapi kurang2 lebah pon dalam 50 - 60 orang gak la. Masuk dewan aku duduk kat satu meja tuh. Kiri kanan aku perempuan. Dah rasa cam jejaka idaman je dikelilingi oleh gadis2 comel g tu. hahaha. Tapi itu bukanlah sebab utama aku nak membebel nih.

Aku nak cite pasal kertas ujian tu. Seumur hidup aku, aku x penah abik ujian pelik cam tu. Ade 5 kertas aku kene jawab. 1) Insak- pasal sahsiah diri 2)Mate-pakai mate sekolah menengah 3) BI-Agak mudah sket kertas nih 4) Analitikal-Tafsiran tepat dan lastly Verbal@BM- bm yg x penah aku jawab sangat seumur hidup aku pelik sangat.

Semua solan dalam tu tricky gile. Aku hampir tidak mampu untuk jawab semua solan tuh. Aku rasa orang yg pk nak wat soalan tu pon pening pk nk wat soalan jenis g tu. Berbelit cam sembelit. Aku negok semua budak2 dalam tu muka konpiden je jawab. Keadaan itu menambah kan lagi la nervous aku masa tue. Penjaga tu lak dah sound awal2 kat depan tue, sape yg x dapat jawab penuh lebih2 soalan Insak tue memang akan beri effect pada kertas2 len. Betul ke x pe dia cakap tu, yang tue aku x tahu. hehhehe.

Pe2 pon aku dah abis abk ujian tu and just berharap lulus and dapat la masuk g temuduga and lepas tu masuk belajar balik. Itu harapan aku la. Dapat Alhamdulillah. Gagal kene usaha lagi la lepas ni. hehehe.

Pe2 pon, rakan2 yg baca karangan BM aku nih doa2 la kebahagiaan aku k. Semoga Allah balas jasa baik kalian mendoakan aku. Amin...

Wednesday, March 3, 2010

Masalah sosial

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

Aku x paham tol dengan keadaan rakyat di negara kita sekarang nih. Lebih-lebih lagi orang Melayu yang beragama Islam. Aku rasa ramai orang Melayu ni mengaku je Islam tapi dia x paham pon Islam itu pe. Aku rasa la. Contoh kes buang bayi, penderaan kanak2 bakar surau semua tu kebanyakkan orang Melayu yang beragama Islam. Aku bukan nak salah kan orang Melayu cuma agak kecewa kerana orang Melayu sendiri tak nak ubah paradigma lebih2 lagi hal tentang ke agamaan nih dan lebih2 lagi hal yang berkaitan akidah nih. Aku sedih tol dengar cite pasal bayi kene bakar la, kene buang la dan macam2 lagi.

Baru2 nih kita dikejutkan dengan kisah Adik Syafia Humairah Sahari 3 tahun yang telah di dera sehingga mati oleh kekasih emaknya sendiri (seperti yang diberitakan dalam akhbar). Kesian betul aku ngan budak tu bila ade berita mengatakan yang budak tu penah di cap dengan bola oleh lelaki durjana tuh. Lepas tu ibunya diberitakan juga bersekedudukan dengan kekasihnya itu. Tak paham aku, aku tengok emak dia pakai tudung mean dia orang yang beragama tapi nape mak dia leh jadi g tu lak. Aku rasa bumi ni mungkin dah nak kiamat rasanya. Sebab kes2 macam ni dah jadi macam kes main2 je. Boleh di katakan hari2 ada kes buang bayi dera budak, rogol budak malah ada berita yang melapor seorang wanita sanggup bersekongkol dengan balakdia x silap aku untuk bunuh anak dia sendiri. X paham aku anak dia sendiri nak bunuh. Dah tahu x suke budak tu hantar la ke rumah kebajikan masyarakat. Ni sanggup membunuh.

Aku rasa masalah bagi orang Melayu Islam untuk kurangkan kes2 macam ni ialah laksanakan hukum hudud. Hukum yang di buat Oleh ALLAH sendiri. Kalau pakai undang2 manusia nih aku rasa dah macam x jalan dah. Sebab makin menjadi2 jahatnya walaupon dah banyak kene tangkap. Aku harap kalau ade orang baca ape yang aku tulis nih korang pon setuju kalau hukum hudud ini dilaksanakan. Semoga ALLAH memberi hidayah kepada mereka yang zalim2 ini untuk bertaubat. Amin...

Thursday, February 25, 2010

Tidak bertajuk...

Mencoret sesuatu yg tidak pasti. Pe dia, yg tu aku tengah kaji nih....

Thursday, February 18, 2010

Masalah Student Portal...

Dengan nama ALLAH ynag maha pemurah lagi maha mengasihani...

Tak tahu silap di mana pasal Student Portal aku nih. Aku kene gugur taraf lak pasal x bayar yuran untuk semestar 7, padahal aku dah abis belajar pon. Aku di cop x bayar pasal salah satu subjek aku masuk dalam part 7 nye pendaftaran. Nasib baik aku cek hari tu kalau x aku mesti x tahu pasal hal nih punya. Aku call KP aku dan KP aku soh tanya HEA, aku pon call la HEA. Lepas selesai kat HEA aku di suruh inform balik kat KP aku untuk wat ammend. Nasib baik KP aku sporting. Dia kata dia akn uruskan hal nih. Thanks my KP. Harap2 cepat la settle mende2 nih semua. Serabut aku dengan masalah macam nih. Aku rasa x sedap hati je bile mende berkaitan ni semua x settle lagi. Aku just nak aku dapat konvo dengan aman damai InsyaALLAh dalam bulan 5 nih. So kawan2 doa kan masalah aku ni settle ok. hehehe.

Monday, February 8, 2010

Apa itu kerja...

Konpius aku huhuhu....