Sunday, July 21, 2013

Kursus Kahwin...

Alhamdulillah selesai sudah kursus kahwin aku hari ni. 2 hari yg penuh dengan information.  Pening pale sket sbb bnyk nk kene tau. Inilah kelebihan di Malaysia, nk kawen xde sijil kursus kahwin x boleh kawen. Cuma aku x pasti dalam hukum Islam mmg wajib ambik kursus ni ke x. Aku pon x pasti zaman nabi dulu ade ke x. Tapi zaman nabi aku yakin telah di beri penerangan dahulu oleh nabi pada para sahabat dan umat islam pada ketika itu. Cuma kemungkinan (aku x tahu la) xde kuar sijil dan juga perlu dapat sign nabi utk kawen. x dpat x boleh kawen.
 
Apa yg aku concern kan kat sini, bg org yg x mampu nk pegi, sbb kursus kene bayar RM 80 tau. Bukan free sbb yg ni gomen x bg subsidi. Sian kat mereka... dh la nk kawen skang ni payah, xde RM 10 k mayb harapan hanya tinggal harapan nk kawen. Ni pon satu masalah di Malaysia... Hantaran melambung tinggi sbb barang mahal dan keinginan semasa meningkat sehingga 80 fahrenhait tingginya. Aku  pon hampir terperangkap dalam permainan ini... dunia2...
 
Kadang2 aku pelik gak, nk kawen kene g kursus kalau org yg kawen express bile die ambik? sbb x silap aku syarat nk kawen kat Malaysia mesti ade sijil tu, xde sijil x leh la nk kawen. Aku just +ve yg diorang ni kene kaunseling and lepas tu diberikan sijil lps tu baru diorang dinikahkan...
 
Aku rasa satu mekanisma baru di perkenalkan. pada yg kurang mampu, gaji bawah 1000 boleh pegi abk directly kat jabatan agama tpi mesti kepil slip gaji. Bayaran leh jadi separuh atau x payah terus. Sbb kalau ssh dapat sijil org malas nk abk nanti menggalakkan zina. Latest aku dengar nk wat ujian. x lulus xdapat sijil. ni lagi terbaikkk...esok ramai x lulus semua pakat2 kawen kat siam pasal kat negara sendiri bnayk cengkadak nk kene buat.
 
Aku risau bila perkara seperti ini berlaku nanti org2 nk kawen semua malas nk g submit borang sbb nk submit kene bg sijil kawen. dh abk 2 x pon masih gagal, ofkos la x kawen. cara mudah kawen kat siam atau  protest dengan bnyk berlaku zina. Bile perkara seperti ini terjadi, x ke x pasal2 jabatan agama seluruh Malaysia dapat saham dosa. Sbb menyusahkan ape yg disenangkan oleh syarak.
 
Pada pandangan aku kalau nk wat ujian tu pk2 la balik. tengok baik buruknya bila dilaksanakan. aku akui aku bukan la hebat sangat dalam bab agama ni tapi mana yg aku rasa (aku bg pandangan bg pihak rakyat biasa) x sutuju tu aku jst g tau je. x nk ikut xdo hal. :)
 
Tapi secara peribadi aku mmg setuju dengan kursus ni bnyk beri manfaat cuma mekanisma yg di gukan itu mungkin boleh dibaik pulih lagi sebagai contoh yg aku bg tadi. Org x mampu dan perancangan utk adakan ujian. Lebih baik buat kelas fardu ain terus ajar bab sembahyang. buat asing2. laki2 perempuan2. buat sekali banyk2 kat mana2 masjid. percuma just bayr RM 10 utk makan je. mudah. sebab dalam Islam sembhyg tiang agama. X betul tiang buat la cam mana pon akhirnya tiang itu boleh jatuh sendiri.

Pe2 hal pon wallahualam...

    

Friday, July 12, 2013

Salam Ramadhan...


Hari ni dh masuk hari ke 3 berpuasa dan malam ni hari 4 bertarawikh... Cam x caye lak dh masuk bulan Ramadhan. Bulan yg barakah di mana di katakan bulan ini pintu syurga di buka dan pintu neraka ditutup manakala syaitan2 telah diikat agar x menganggu manusia. Ketika ini hanya ada manusia dan nafsunya sahaja berperang sesama sendri untuk menjadi tuan pada jasad. Cewah dan macam ustaz la plak kan. tapi pe2 pon mmg bulan ni adalah bulan utk umat islam menghambakan diri sepenuhnya kepada ALLAH...

Pasal buah kurma kat atas tu, sebenarnya aku nk kongsi sikit pasal hal buah tu dan aku... yg pasti buah tu adalah buah aku adalah aku kerana aku x bisa jadi buah dan buah tu pon sama. Pe org putih kate vice versa. ape vice versa tu pon aku x pasti, aku letak je tu keh3... berbalik pada buah kurma tadi, memula aku agak kurang  yakin yg buah ni leh buat kita bertenaga dan kenyng walau pon makan 1 atau 2 bijik je. Tapi setelah aku dah buah kajian dengan aku adalah subjek kajian. Maka mmg benarlah... Patutlah zaman nabi dulu makan kurma je wat sahur puasa. Aku kadang2 makan 1 je pon, alhamdulillah sampai ptg pon stedy lagi... mmg mantop buah ni.

So pade yg masih belum mencuba cer cube cer cube... mungkin ada semua akan berasa seperti saya... InsyaALLAH...

Saturday, July 6, 2013

Defensive Motorcycle Riding Training...

Dua hari aku dh pegi training neh. Bagi aku mmg sangat menarik sebab banyk mende baru belajar. Aku pon x pernah tahu yg menunggang moto pon ada ciri2 keselamatan yg harus kite pelajari. Mula dari start moto sampai la skill menunggang motosikal semuanya aku dah belajar. Dari rumusan yg aku dapat buat sepanjang 2 hari kelas tu, sekiranya kita nk belajar cara pemanduan yg betul tengok cara rider Moto GP menunggang. Bukan dari segi brapa  laju moto pegi tapi skill pengawalan motosikal yg ada pada setiap rider Moto GP... Tapi awas, jangan pulak tiru cara awek2 moto GP berpakaian, itu boleh mengundang bahaya sekiranya di praktikan di jalanraya... bersepah mat2 moto tepi jalan nanti keh3...

Aku belajar ni dari sebuah agensi kerajaan namanya NIOSH. Bleh klick kat nama tu untuk keterangan lanjut. Bagi aku bgs kalau2 kursus2 macam ni di ketengahkan sbb x semua org tahu cara menunggang dengan betul. Aku pon yg baru blajar skill2 baru ni masih lagi tngah cuba utk memahirkan diri. Aku rasa kalau aku leh follow pe yg di ajar lps neh boleh la kalau aku nk g race kat trek keh3...Apa2 pon make sure pakai topi keledar ada cop sirim kawan2 keh3...