Alhamdulillah selesai sudah kursus kahwin aku hari ni. 2 hari yg penuh dengan information. Pening pale sket sbb bnyk nk kene tau. Inilah kelebihan di Malaysia, nk kawen xde sijil kursus kahwin x boleh kawen. Cuma aku x pasti dalam hukum Islam mmg wajib ambik kursus ni ke x. Aku pon x pasti zaman nabi dulu ade ke x. Tapi zaman nabi aku yakin telah di beri penerangan dahulu oleh nabi pada para sahabat dan umat islam pada ketika itu. Cuma kemungkinan (aku x tahu la) xde kuar sijil dan juga perlu dapat sign nabi utk kawen. x dpat x boleh kawen.
Apa yg aku concern kan kat sini, bg org yg x mampu nk pegi, sbb kursus kene bayar RM 80 tau. Bukan free sbb yg ni gomen x bg subsidi. Sian kat mereka... dh la nk kawen skang ni payah, xde RM 10 k mayb harapan hanya tinggal harapan nk kawen. Ni pon satu masalah di Malaysia... Hantaran melambung tinggi sbb barang mahal dan keinginan semasa meningkat sehingga 80 fahrenhait tingginya. Aku pon hampir terperangkap dalam permainan ini... dunia2...
Kadang2 aku pelik gak, nk kawen kene g kursus kalau org yg kawen express bile die ambik? sbb x silap aku syarat nk kawen kat Malaysia mesti ade sijil tu, xde sijil x leh la nk kawen. Aku just +ve yg diorang ni kene kaunseling and lepas tu diberikan sijil lps tu baru diorang dinikahkan...
Aku rasa satu mekanisma baru di perkenalkan. pada yg kurang mampu, gaji bawah 1000 boleh pegi abk directly kat jabatan agama tpi mesti kepil slip gaji. Bayaran leh jadi separuh atau x payah terus. Sbb kalau ssh dapat sijil org malas nk abk nanti menggalakkan zina. Latest aku dengar nk wat ujian. x lulus xdapat sijil. ni lagi terbaikkk...esok ramai x lulus semua pakat2 kawen kat siam pasal kat negara sendiri bnayk cengkadak nk kene buat.
Aku risau bila perkara seperti ini berlaku nanti org2 nk kawen semua malas nk g submit borang sbb nk submit kene bg sijil kawen. dh abk 2 x pon masih gagal, ofkos la x kawen. cara mudah kawen kat siam atau protest dengan bnyk berlaku zina. Bile perkara seperti ini terjadi, x ke x pasal2 jabatan agama seluruh Malaysia dapat saham dosa. Sbb menyusahkan ape yg disenangkan oleh syarak.
Pada pandangan aku kalau nk wat ujian tu pk2 la balik. tengok baik buruknya bila dilaksanakan. aku akui aku bukan la hebat sangat dalam bab agama ni tapi mana yg aku rasa (aku bg pandangan bg pihak rakyat biasa) x sutuju tu aku jst g tau je. x nk ikut xdo hal. :)
Tapi secara peribadi aku mmg setuju dengan kursus ni bnyk beri manfaat cuma mekanisma yg di gukan itu mungkin boleh dibaik pulih lagi sebagai contoh yg aku bg tadi. Org x mampu dan perancangan utk adakan ujian. Lebih baik buat kelas fardu ain terus ajar bab sembahyang. buat asing2. laki2 perempuan2. buat sekali banyk2 kat mana2 masjid. percuma just bayr RM 10 utk makan je. mudah. sebab dalam Islam sembhyg tiang agama. X betul tiang buat la cam mana pon akhirnya tiang itu boleh jatuh sendiri.
Pe2 hal pon wallahualam...