Monday, March 15, 2010

MTEST (Malaysian Teacher Selection Test)...

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

13 hb hari tu aku dengan rasa konpiden nye pegi abk test nak jadi cikgu.
Konon nya dah bersedia la nak menghadapi cabaran test nih. Aku abik test nih kat IPGTAA (Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan) dekat Kuala Lipis Pahang. Test ni di buat kat dewan besar institut tu. Aku ingat sikit jek orang yg datang, sekali sampai c tu, masuk je dewan tue terkesima aku jap tengok orang ynag berada dalam dewan tue. Ramai sungguh makhluk yang bernama manusia kat situ. Bayang kan la dewan tu sebesar dewan Sri Budiman kat UiTM tuh. Aku agak ade gak la dalam 500-600 orang dalam tu. Tafsiran rambang aku la. Aku tengok bunga je bnyak dalam tuh. Lebah2 leh kire ngan jari. Tapi kurang2 lebah pon dalam 50 - 60 orang gak la. Masuk dewan aku duduk kat satu meja tuh. Kiri kanan aku perempuan. Dah rasa cam jejaka idaman je dikelilingi oleh gadis2 comel g tu. hahaha. Tapi itu bukanlah sebab utama aku nak membebel nih.

Aku nak cite pasal kertas ujian tu. Seumur hidup aku, aku x penah abik ujian pelik cam tu. Ade 5 kertas aku kene jawab. 1) Insak- pasal sahsiah diri 2)Mate-pakai mate sekolah menengah 3) BI-Agak mudah sket kertas nih 4) Analitikal-Tafsiran tepat dan lastly Verbal@BM- bm yg x penah aku jawab sangat seumur hidup aku pelik sangat.

Semua solan dalam tu tricky gile. Aku hampir tidak mampu untuk jawab semua solan tuh. Aku rasa orang yg pk nak wat soalan tu pon pening pk nk wat soalan jenis g tu. Berbelit cam sembelit. Aku negok semua budak2 dalam tu muka konpiden je jawab. Keadaan itu menambah kan lagi la nervous aku masa tue. Penjaga tu lak dah sound awal2 kat depan tue, sape yg x dapat jawab penuh lebih2 soalan Insak tue memang akan beri effect pada kertas2 len. Betul ke x pe dia cakap tu, yang tue aku x tahu. hehhehe.

Pe2 pon aku dah abis abk ujian tu and just berharap lulus and dapat la masuk g temuduga and lepas tu masuk belajar balik. Itu harapan aku la. Dapat Alhamdulillah. Gagal kene usaha lagi la lepas ni. hehehe.

Pe2 pon, rakan2 yg baca karangan BM aku nih doa2 la kebahagiaan aku k. Semoga Allah balas jasa baik kalian mendoakan aku. Amin...

Wednesday, March 3, 2010

Masalah sosial

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

Aku x paham tol dengan keadaan rakyat di negara kita sekarang nih. Lebih-lebih lagi orang Melayu yang beragama Islam. Aku rasa ramai orang Melayu ni mengaku je Islam tapi dia x paham pon Islam itu pe. Aku rasa la. Contoh kes buang bayi, penderaan kanak2 bakar surau semua tu kebanyakkan orang Melayu yang beragama Islam. Aku bukan nak salah kan orang Melayu cuma agak kecewa kerana orang Melayu sendiri tak nak ubah paradigma lebih2 lagi hal tentang ke agamaan nih dan lebih2 lagi hal yang berkaitan akidah nih. Aku sedih tol dengar cite pasal bayi kene bakar la, kene buang la dan macam2 lagi.

Baru2 nih kita dikejutkan dengan kisah Adik Syafia Humairah Sahari 3 tahun yang telah di dera sehingga mati oleh kekasih emaknya sendiri (seperti yang diberitakan dalam akhbar). Kesian betul aku ngan budak tu bila ade berita mengatakan yang budak tu penah di cap dengan bola oleh lelaki durjana tuh. Lepas tu ibunya diberitakan juga bersekedudukan dengan kekasihnya itu. Tak paham aku, aku tengok emak dia pakai tudung mean dia orang yang beragama tapi nape mak dia leh jadi g tu lak. Aku rasa bumi ni mungkin dah nak kiamat rasanya. Sebab kes2 macam ni dah jadi macam kes main2 je. Boleh di katakan hari2 ada kes buang bayi dera budak, rogol budak malah ada berita yang melapor seorang wanita sanggup bersekongkol dengan balakdia x silap aku untuk bunuh anak dia sendiri. X paham aku anak dia sendiri nak bunuh. Dah tahu x suke budak tu hantar la ke rumah kebajikan masyarakat. Ni sanggup membunuh.

Aku rasa masalah bagi orang Melayu Islam untuk kurangkan kes2 macam ni ialah laksanakan hukum hudud. Hukum yang di buat Oleh ALLAH sendiri. Kalau pakai undang2 manusia nih aku rasa dah macam x jalan dah. Sebab makin menjadi2 jahatnya walaupon dah banyak kene tangkap. Aku harap kalau ade orang baca ape yang aku tulis nih korang pon setuju kalau hukum hudud ini dilaksanakan. Semoga ALLAH memberi hidayah kepada mereka yang zalim2 ini untuk bertaubat. Amin...