Friday, January 15, 2010

Hari Terakhir Praktikal Di PPAP


PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

Wahahahaha, akhirnya tamat sudah perkhidmatan aku sebagai budak praktikal di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) nih. Syahdu lak nak tinggalkan tempat nih, walaupon 2 bulan je aku lepak kat sini tapi banyak bende aku belajar kat sini. Kira bnyk la bende2 aku belajar dulu aku gunakan kat sini sebagai panduan aku. hehehe. Kepada semua warga kerja PPAP TERIMA KASIH BANYAK2 saya ucapkan kerana sudi memberi peluang belajar di tempat kalian. Semoga ALLAH membalas jasa baik kalian semua. Kalau ade silap salah haraplah dimaafkan. Sayakan budak baru belajar. huhuhuhu. Ape2 pon aku seronok praktikal kat sini sebab tempat dia yang begitu sempoi dan menarik (bagi pandangan aku la, korang aku x tahu) heh. Kepada kawan2 aku yang berpraktikal sekali ngan aku Mal, Ija, Ayie, Zaini (UDM), Afiq(UDM), Mimi thanks sebab sanggup berkawan ngan aku. Untuk Afiq,Zaini dan Mimi praktikal rajin2.hehehe.

Saturday, January 9, 2010

Imaginasi...

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

Hari nih hidup aku penuh ngan imaginasi yg pelik2. Harap2 imaginasi nih dapat bawa aku ke suatu ilusi yg menarik. Ilusi ape? entahlah....

Thursday, January 7, 2010

Nak Cari kerja- Nak Cari Kerja

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

Huh kehidupan aku di rasakan semakin sukar. Sebabnya abis praktikal dah kene cari kerja lak. Masalahnya sekarang nih, nak cari kerja kat mana huhuhu. Kan bagus kalau abis je blaja orang dah bagi kerja kat kite x yah cari2 lagi hehehe. Abis2 jeh dah dapat jadi menteri besar hahahaha x perlu tunggu ngundi pon heh. berangan lak aku nih. Ape2 pon kawan2 di luar sana doakan aku semoga aku dapat kerja secepat mungkin dan kalau korang2 semua ada lobang2 kerja jangan lupe adjust tuk aku skali hehehe. (kalau boleh la).

Monday, January 4, 2010

Menghitung hari...

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

Peh tajuk atas dah cam tajuk lagu Krisdayanti jek dah gayanya. Hahaha. Aku menghitung hari untuk tamatkan praktikal aku kat PPAP kat Kuantan nih. Aku bukan x suke praktikal kat c ni cuma aku rasa cam dah rindu sangat kat umah mak abah aku tu hahaha. Bukan homesick k, cuma aku ingin menenangkan pemikiran aku yg kusut-masai nih. Aku nak buat perancangan baru untuk hidup aku lepas aku tamat praktikal nih. Huh dah cam nak wat planning buka syarikat je gayanya. Haha. Ok la aku stop kat cni membebel pasal aku dah nak abis opis hour nih. Salam...